Pembebasan
Mahkamah Tinggi ke atas Anwar Ibrahim terhadap dakwaan meliwat semalam
disambut sorakan kegembiraan dan leraian air mata oleh keluarga dan para
penyokongnya tetapi sebaliknya tidak begitu kepada bekas-bekas rakan
dan pendolor perjuangnya sebelum ini yang sudah mendapat sejemput rezeki
hasil pembalunan mereka terhadap Anwar.
Jelas
sekali mereka itu kecewa dengan keputusan mahkamah itu. Kalaulah mereka
berkuasa dan mampu berbuat mereka akan bakar mahkamah dan gantung hakim
yang membuat keputusan itu. Salah seorang daripadanya bertekad untuk
terus menghalang Anwar dari menjadi perdana menteri.
Sombong
dan takabur sekali hamba Allah ini. Dia bercakap seolah-olah Tuhan
hanya akan mendengar doa dia seorang saja dan Tuhan tidak akan
memalingkan wajah kepada orang lain yang bersimpati dengan Anwar. Orang
seperti ini selalunya akan mati beragam dengan ketaksuban kepada
kehebatan dirinya sendiri yang sebenarnya tidak sejauh mana pun. Dia
akan jadi seperti bawang yang rosak kerana jambaknya sendiri. (Kegoaan).
Terang
bersuluh bahawa sikap manusia itu bukan saja tidak profesional tetapi
dipengaruhi syaitan yang senantiasa mengajak supaya bergaduh dan
berbalah sesama sendiri. Macam mana mereka sendiri bercita-cita untuk
jadi MB kalau jiwanya kecil dan dhaif dalam berpolitik. Orang seperti
ini akan tewas sebelum tiba hari penamaan calon.
Bila
dia masuk politik dia tidak perlu seperti berada di rumah. Di rumah dia
boleh berkasar dengan isteri dan boleh tempeleng sampai berdarah pipi.
Itu hak dia secara peribadi. Tetapi bila terjun dalam politik kena
fleksible dan prof, sifat-sifat peribadian yang jelek kena dibuang.
Dendam
yang membabi buta disebabkan kita kecewa kerana kelemahan kita sendiri
tidak boleh dibawa ke dalam politik. Kalau sikap itu menjadi pakaian dan
amalan selamanya kita tidak akan muncul menjadi pemimpin yang berwibawa
dan disanjung tinggi. Orang yang merajuk meninggalkan pejuangan kerana
tidak senang dan cemburu dengan orang lain juga bukan calon pemimpin
yang hebat. Taraf mereka hanya pemimpin jambtan.
Anda
rakan-rakan Anwar yang membakar kaki seluar itu hendaklah berhenti
menggunakan dendam peribadi untuk mencemuh Anwar. Dunia tidak akan
dengar apa yang anda cakap sekali pun benar dengan cara dan tindakan
anda itu. Sebabnya orang semua tahu dan kenal siapa anda semuanya.
Andalah di antara orang yang menyusun konspirasi untuk menganiayaan dan
memalukan Anwar.
Bukankah
anda yang seorang ini menjadi raja dan merasa berkuasa semasa Anwar
menjadi TPM dulu. Bukankah anda seorang yang sombong dan angkuh
menyakini Anwar akan menjadi PM pada bila-bila masa saja dan tidak
memerlukan apa-apa pertolongan lagi. "Tidak payah sheikh Anwar akan jadi
PM bila-bila masa, kuasa sudah dalam genggaman," itu kata anda. Saya
yakin anda tidak pasti dengan kesombongan anda itu.
Apakah
anda akan menggunakan alasan anda tidak tahu keperibadian Anwar maka
anda membenci dan menyerang Anwar balik. Adalah bohong. Seburuk-buruk
bohong adalah berbohong kepada diri sendiri. Bohong kalau anda tidak
tahu dan apa yang anda tahu saya percaya adalah kebaikan yang anda perlu
sanjung hingga ke hari ini.
Lakukanlah
dan halanglah Anwar dari jadi PM. Kuasa menghalang bukan ditangan anda,
ia ditangan Tuhan dan rakyat. Hari ini rakyat sudah siap sedia untuk
mengangkat Anwar ke darjat yang sepatutnya. Kalau Allah sudah
mentakdirkan demikian jika anda mengaku anda diliwat Anwar pun, Anwar
tetap akan jadi PM. Pilihan raya umum adalah masa yang akan tiba untuk
itu.
Saya
yakin Anwar dan rakan-rakan anda yang masih setia tidak mengharapkan
anda. Tetapi mereka mungkin mahukan anda berhenti merapu dan meroyan
sendiri kerana bimbang ia akan memusnahkan kehidupan dan kewibawaan anda
selama ini. Saya diberi tahu anda telah menangis menyesali tindakan
anda tetapi sayang hari sudah senja untuk anda kembali semula ke pangkal
akidah.
Bersikap
profesional dan gentlemenlah. Dan kalau mahu kenanglah budi dan jasa
Anwar kepada anda. Apa yang Anwar telah korbankan untuk anda rasanya
belum tersatasi oleh Najib Razak yang anda dolor hari ini. Kalau Anwar
telah memberikan nasi sekawah kepada anda, Najib hanya memberi anda nasi
setempurung saja. Anda fahamlah sendiri di mana anda dan apakah status
anda hanya menerima nasi dalam tempurung.
Bagaimana
pun selamat menghalang Anwar untuk jadi perdana menteri kerana itu
adalah kerja terbaik buat anda setelah anda kini tidak boleh mundur atau
u-turn kepada jalan benar semula. Dalam politik yang diamalkan di
negara ini tindakan anda itu halal, tetapi adat, budaya dan agama
mungkin tidak membenarkannya.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.