Followers

Tuesday, December 20, 2011

Zambry Kadir Bakal Jadi Nelayan Di Pangkor.. Ini Buktinya - Posted by Addin

 
Sah!! PRU 13 BN bakal bungkus di Perak, itulah kenyataan yang paling sesuai. Buktinya, kajian yang di buat oleh UM menunjukkan senario tersebut bakal berlaku pada PRU 13. 
 
Lepas ni Zambry Kadir boleh jadi ketua pembangkang yang efisien, itu pun kalau rakyat Pangkor masih pilih lagi ler.. Kalau tidak pun jadi nelayan di Pangkor. Kalau nasib baik jadi tauke kilang fish ball atau fish cake.. kah..kah.. Tapi yang pasti selepas Pakatan Rakyat memerintah insiden tutup mikrofon tidak akan berlaku..

Kajian : Majoriti Tolak Video Seks Anwar

Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti respondan mereka tidak percaya kepada video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.54 peratus respondan pula berkata, PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.Kajian itu juga mendapati, tahap kepercayaan yang rendah terhadap media arus perdana dalam membuat laporan tentang politik.Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang dijalankan mereka pada 23 – 30 Oktober 2011 di Perak.

Ia melibatkan responden seramai 1304 orang dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka menggunakan soalan kaji selidik berstruktur. Demikian kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu kenyataannya hari ini.


Kajian itu mendapati, hanya 18 peratus percaya kepada video seks itu, 46 peratus tidak percaya manakala 36 peratus lagi tidak pasti. Selain keputusan itu, mereka juga mendapati majoriti pengundi di Perak telah membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU ke 13 nanti. Persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN pula berada pada tahap yang tidak membanggakan.


45 peratus dari respondan tidak menyokong kenyataan BN telah menunjukkan prestasi yang baik di Perak, hanya 38 peratus bersetuju dan 17 peratus tidak pasti. PAS pula dilihat mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.


54 peratus dari mereka bersetuju dengannya, manakala hanya 19 peratus kata PAS tidak mampu sementara 27 peratus tidak pasti. Mereka juga mendapati pendekatan program 1Malaysia masih belum mampu untuk meningkatkan sokongan terhadap BN di Perak.


Kajian ini juga mendapati majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan di negeri itu.
~hrkh

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.