"Istilah RUU perhimpunan Aman ini langsung tidak mencerminkan keamanan sebagai mana isi kandungan RUU itu.
"Kerajaan seharusnya mengambil iktibar apa yang berlaku di negara timur tengah, kejatuhan kerajaan lahir daripada kemarahan rakyat terhadap peraturan, akta dan keadilan,"katanya.
Tuan Ibrahim berkata pihaknya akan mengerakkan jenteranya bagi mengutip seramai mungkin suara dan pendapat rakyat bawahan untuk membantah akta zalim ini.
Sebelum ini, ribuan rakyat termasuk barisan peguam dan aktivis masyarakat menyertai perhimpunan membantah RUU di Parlimen menerusi perarakan 'Walk for Freedom to Walk'.
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang mengetuai perarakan itu mengemukan rang undang-undang alternatif untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.
Namun, Disebabkan oleh ketakutan kebangkitan rakyat Kerajaan bertindak meluluskan RUU Perhimpunan Aman (PA2011) di Dewan Rakyat minggu lalu.
RUU Perhimpunan Aman mencetuskan kontroversi antaranya memendekkan notis untuk mengadakan perhimpunan daripada 30 hari kepada 10 hari kepada pihak polis.
Malah polis juga diberi kuasa membatalkan permit atau mengadakan sekatan ke atas sebarang perhimpunan dengan pelbagai sebab yang tidak boleh dipertikaikan kononnya supaya ketenteraman awam terjamin.
Sementera itu, Ahli Parlimen PKR, Johari Abdul berkata Pakatan Rakyat akan terus menyuarakan bantahan terhadap RUU tersebut selain memobilisasi jentera parti bagi mendampingi rakyat bawahan.
Mengulas lanjut, Johari berkata pihaknya akan menggunakan kesempatan penganjuran 'Himpunan Rapat Rakyat' hujung minggu ini sebagai medan penjelasan dan pendengaran keluh kesah rakyat berhubung akta zalim itu.
"Kita akan turun kebawah, kita akan selitkan isu ini dengan ceramah yang akan kita sampaikan, mereka (rakyat) ramai lagi yang kurang faham dengan apa yang sebenarnya berlaku,"jelasnya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pakatan keluar dewan dan tidak mengambil bahagian di dalam perbahasan di Dewan Rakyat sebagai tanda membantah pengenalan akta zalim itu.
Dalam pada itu, Adun DAP, Ng Sue Lim berkata DAP telah menyusun langkah memberi taklimat penjelasan menerusi beberapa program bertemu rakyat seperti majlis makan malam di seluruh negara.
"Melalui platform itulah kita sebagai pemimpin untuk menyampaikan maklumat terus kepada rakyat mengapa kita perlu selamatkan Malaysia, jangan lagi kita mendokong kerajaan yang tidak menghormati prinsip demokrasi,"tegasnya. -tvsnews
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.