Orang Melayu dan umat Islam tidak mempunyai pilihan tetapi mempertahankan kerajaan BN kerana ia jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Memang ada pilihan tetapi soalannya adalah mereka ini lebih baik daripada pentadbiran sekarang? "Bolehkah mereka jamin bahawa kedudukan istimewa yang kita nikmati sekarang tidak akan terhakis?
“Bagaimana dengan maruah Islam dan orang Melayu?” soalnya semasa berucap kepada kira-kira dua ribu anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di Shah Alam hari ini. Walaupun Najib tidak menamakan pilihan itu, tetapi adalah jelas beliau merujuk kepada Pakatan Rakyat.
"Walaupun belum lagi berkuasa, mereka sudah mahu mengurangkan perkhidmatan awam menjadi separuh ... mereka mahu mengubah bendera Malaysia, mencemarkan kedaulatan Raja-raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar yang membantu orang Melayu," katanya.
Beliau juga memberi amaran masa depan orang Melayu akan ‘gerhana’ jika BN pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13. Pada ucapannya itu, Najib menegaskan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur berhubung hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
"Orang bukan Melayu tidak perlu cuit perasaan orang Melayu. Jangan cuba ubah apa yang telah diputuskan dan dipersetujui," katanya.

PAK KARAMU:
Rakyat boleh baca hala tuju setiap ucapan yang diucapkan oleh pimpinan negara, ia tidak menjadi rahsia lagi kepada umum, ucapan ini sama ada bersifat menggertak ataupun suatu yang telah dirancang itu tidak penting, apa yang penting ialah ucapan itu sudah cukup untuk setiap individu atau mana-mana kumpulan untuk bersiap sedia
Kumpulan silat sudah memberikan isyarat menyokong, Perkasa demikian juga, yang terbaru ialah Pekida, semua kumpulan ini telah dimaklumi oleh rakyat tentang dasar perjuangan mereka sekalipun hala tuju kumpulan mereka pada dasarnya berfaedah bagi rakyat namun apabila ada yang berkepentingan yang mahu menggunakan tenaga mereka maka ia akan menjadi sangat lain dan boleh mencemaskan
Bagi kumpulan yang mahu menggunkan kumpulan-kumpulan ini pasti ada motif yang berfaedah bagi mereka sedangkan kumpulan yang diperalatkan ini kemungkinannya ada yang faham atau disebaliknya, walau apapun kesemua niat adalah berpunca dari POLITIK yang goyah dari kumpulah yang sudah tidak dipercayai oleh rakyat dengan sebab-sebab tertentu, umpamanya sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat, mungkin juga disebabkan rasuah yang sudah tidak terbendung dan mungkin juga kerana berfahaman khurafat
Jika kita teliti kenyataan setiap pemimpin negara buat masa muta akhir ini menjurus kepada amaran dan gertakan yang agak serius, sementara rakyat pula tentunya faham apa yang mereka maksudkan, tidak mustahil dari ucapan mereka itu akan membuatkan rakyat akan bersiap sedia apa yang mereka fikir perlu untuk disediakan, cuama butang belum lagi ditekan untuk memulakannya
Sudah ada suara-suara yang sumbang yang mengatakan " selagi tidak bergaduh maka selagi itulah melayu tidak akan bersatu" ini bererti bayang 13 May itu sudah tidak lagi dapat dibendung dan dipertahankan ?
Di Parlimen sendiri sudah ada bayangan tuduhan yang membawa kepada peristiwa hitam ini dibangkitkan oleh wakil BN terhadap DAP namun kenyataan ini tidak pula dianggap sebagai suatu kenyataan yang sangat bahaya terhadap umum, mungkin kenyataan ini hanya berlaku di dalam Parlimen akan tetapi rakyat tentunya faham apa yang berlaku di dala Parlimen mungkin akan berlaku diluar Parlimen
PakKaramu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.