Followers

Thursday, December 8, 2011

MAHATHIR TERUS NYANYUK...

Berita paling suka penulis baca hari ini ialah mengenai kenyataan bekas PM, Dr Mahathir yang seolah-olah sayu pilu bila mengenangkan nasib Melayu Pulau Pinang. 

 
Cara beliau menulis dalam blognya seakan-akan cuba menjadi rasist dengan menyalahkan Pakatan Rakyat bila Penang kini diperintah oleh DAP. Beliau seolah-olah lupa sudah sekian lama  
 
Gerakan yang diketuai oleh Pemimpin Cina  memerintah Penang. Pandai betul puak-puak UMNO ni mainkan isu perkauman kan. Sebab itulah penulis suka mengatakan Mahathir ni dah lupa apa yang dia lakukan dulu. 
 
Mahathir minta Melayu bersatu. Tapi siapa yang pecahkan Melayu sebenarnya? Tahun 1987 dulu tertubuhnya Semangat 46. Siapa yang boss ketika itu?  
 
Kemudian tahun 1998, tertubuhnya Keadilan Nasional, siapa yang pecat Anwar ketika itu? Siapa jadi puncanya? Ternyata Mahathir makin dimamah usia, makin nyanyuk...

Melayu perlu bersatu - Dr. M

 
KUALA LUMPUR 7 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan orang Melayu supaya bangkit dan bersatu padu jika tidak mahu mengulangi nasib serupa yang dialami oleh orang Melayu di Pulau Pinang.
 
Namun, dalam nada sinis, bekas Perdana Menteri itu berkata, mereka tidak perlu memperingati nasib yang menimpa kaum Melayu Pulau Pinang jika mereka berasakan kejayaan dan sedikit kuasa yang ada akan kekal.
 
Ini kerana jelas beliau, dalam zaman peluang bertimbun-timbun, zaman serba mudah, zaman tersohor bangsa Melayu dan zaman kuasa masih di tangan Melayu, tidak ramai yang menginsafi serta menangisi nasib Melayu Pulau Pinang.

"Apa perlunya kita memperingati kedudukan orang Melayu Pulau Pinang? Sebenarnya tidak perlu. Sekali berjaya tetap berjaya, sekali merdeka, tetap merdeka. Bukankah Hang Tuah telah berkata tak akan Melayu hilang di dunia.

"Ini jaminan yang diberi kepada bangsa Melayu. Kita akan terus Melayu walaupun hanya menjadi pemandu kereta, buruh kasar dan budak pejabat. Kita Melayu juga. Tak perlu mengalir air mata," katanya dalam blognya, http://chedet.cc.

Dalam pada itu, mengimbau sejarah bagaimana orang Melayu Pulau Pinang mula hilang kuasa, Dr. Mahathir berkata, selepas pendudukan Francis Light, orang Melayu terpaksa 'melarikan diri' daripada pembangunan kerana kemiskinan.
 
Jelasnya, langkah tersebut terpaksa diambil oleh orang Melayu pada ketika itu kerana harga hartanah begitu tinggi dan mereka pula tidak mampu membeli atau menyewa selepas bertindak menjual tanah yang sebelum ini milik mereka.
 
"Apabila pembangunan sampai ke kawasan di mana orang Melayu telah lari, mereka sekali lagi jual tanah dan berpindah. Lama-kelamaan mereka tenggelam dalam masyarakat asing yang semakin bertambah dan mewah.
 
"Itulah nasib mereka, menjadi kumpulan orang yang terasing di negeri sendiri. Maka mengalirlah air mata mereka," jelasnya.
 
 
Pejuang Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.