Followers

Tuesday, December 13, 2011

Mahathir Sebenarnya Ejen Negara Asing!

 

Ancaman asing dan penjajahan bentuk baru kini menjadi tema kempen Umno/BN bagi menghadapi kemaraan barisan alternatif.

 Papan-papan iklan bertemakan CAMPUR TANGAN LUAR MENGANCAM KESTABILAN NEGARA terpampang di jalan-jalan utama - satu lagi bukti penyalahgunaan wang kerajaan untuk kempen politik BN.

Di mana-mana ada kesempatan untuk berucap, Dr Mahathir terus menaburkan fitnah dan pembohongan.


Dengan muka selamba dan gaya bersahaja, diktator tua itu mendakwa arus penentangan rakyat

terhadap BN kini didalangi kuasa-kuasa luar .

Beliau dan para pengampu dalam Umno juga terus memfitnah DS Anwar sebagai ajen asing dan mengikut telunjuk kuasa asing.


Media pengampu seperti TV3 mengulangi visual sambutan permaidani merah yang diterima Anwar ketika mengunjungi Pentagon - satu-satunya BUKTI KUKUH untuk menunjukkan kesahihan dakwaan tersebut.


Ketika ibu kota digegarkan dengan tunjuk perasaan mingguan para penyokong DS Anwar, Mahathir dan juak-juaknya menggunakan ucapan umum Naib Presiden Amerika, Al-Gore untuk membuktikan gerakan reformasi ditaja Amerika.


Kesemua bukti-bukti tersebut tidak didokong dengan fakta. Ia hanyalah andaian dan sangka buruk Mahathir kepada para penentangnya.



Jika alasan-alasan di atas cukup kukuh untuk mengaitkan gerakan reformasi dengan kuasa-kuasa luar, sila teliti hujah-hujah berikut;

1) Dr Mahathir pernah menginap di hotel yang sama dengan PM Israel, Yitzhak Rabin (mendiang) ketika berkunjung ke Perancis pada tahun 1995. Bukan itu sahaja, kedua pemimpin sekular ini didakwa mengadakan pertemuan sulit di hotel berkenaan - satu perkara yang amat ganjil kerana Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram Israel itu.



2) Setelah pertemuan sulit itu diketahui umum, Dr Mahathir akhirnya mengakui bahawa beliau memang berutus surat dengan Yitzhak Rabin. Pengakuan Dr Mahathir ini amat membimbangkan kita kerana sebagai seorang ketua kerajaan adalah tidak wajar untuknya berhubung dengan seorang pemimpin kerajaan yang tidak diiktiraf negara. 
 
Apatah lagi menjadi sahabat pena kepada seorang pemimpin Yahudi yang bertanggungjawab menindas ratusan ribu penduduk Islam Palestin yang tidak berdosa.

3) Rakan karib Dr Mahathir, Tengku Abdullah menyalahgunakan pasport diplomatiknya untuk berkunjung ke Israel sedangkan rakyat negara ini ditegah undang-undang untuk mengunjungi negara tersebut. Tengku Abdullah tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh kerajaan Mahathir, hanya pasport diplomatiknya sahaja ditarik balik. Kunjungan Tengku Abdullah sebenarnya merintis jalan untuk menyediakan jambatan dagang Malaysia-Israel, sesuatu yang diidamkan Mahathir.



4) TV3 - stesen televisyen pengampu no. wahid regim Mahathir menjadi stesen TV pertama Malaysia yang berkunjung ke Israel. Krew TV3 adalah rakyat Malaysia pertama menaiki pesawat Israel dari Bangkok dan ini diumumkan dengan bangga oleh krew pesawat Israel itu. Krew TV3 jugalah menjadi 'umat Islam' pertama Malaysia yang menjejakkan kaki ke lapangan terbang Ben Gurion atas undangan kerajaan Israel. Jelaslah bahawa TV3 menjadi agen propaganda Yahudi di negara ini! Semuanya berlaku di zaman Mahathir.

5) Di zaman Mahathir jugalah rakyat negara haram Israel dijemput secara rasmi ke negara ini. Dengan mengetepikan sentimen umat Islam, Mahathir mengizinkan pasukan kriket Israel dan rombongan pelajar Israel berkunjung ke sini. Puluhan pemuda Islam yang menentang kehadiran pasukan kriket Israel kini dibicarakan di mahkamah.


6) Akhir sekali, Mahathir yang mengecam si Yahudi bernama George Soros kerana 'kununnya' menjahanamkan ekonomi negara tiba-tiba melantik Solomon, Smith & Barney - syarikat perunding milik Yahudi Amerika sebagai penasihat ekonomi & kewangan kerajaan BN.


Alangkah malangnya kita rakyat Malaysia kerana diperintah oleh seorang AGEN YAHUDI. Menjadi kewajipan untuk rakyat bangun menjatuhkan kerajaan BN kerana secara jelas bersekongkol dengan YAHUDI untuk menggadai masa depan negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.