Followers

Monday, December 26, 2011

Kenapa Cik Gu Pa kata game over dan Hassan Ali akan selamat?


Ni bukan saya kata, orang kata:
Cik Gu Pa (Datuk Mustafa Ali) tentu tak nak jawab (cabaran) (Datuk Dr) Hasan (Mohamed Ali) bab dia nak jumpa (dalam gelap) dengan Umno tu sebab bila jawab, (mungkin) kena cerita pula Presiden (Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang) yang suruh jumpa Umno. Presiden pula (mungkin) kena cerita pula (Datuk Dr) Harun Din yang cadang supaya jumpa (pemimpin) Umno.
Mengenai busuk mulut carpab tertentu yang nak gambarkan kepada orang ramai bahawa Harakah tak berlaku adil kepadanya, ada pulak kawan yang kata:
Harakah dah bagi hutang kat dia sampai RM800,000 tak adil lagi?
Seorang lagi kawan, tak dan habis nak cerita komen kawan lain bahawa pada tahun 1951 para ulama ramai-ramai keluar Umno dan tubuhkan PAS, dia terus kata:
La ni (selepas pilihan raya umum 2008) ulama-ulama dalam PAS berebut-rebut pulak nak selamatkan Umno.
Takat tu ja. Seterusnya, lihat petikan dari kenyataan penuh Dr Hassan yang disiarkan dalam TranungKite Online:
Dengan ini saya menarik balik komen saya mengenai ‘Negara Berkebajikan’ tersebut. Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu.

Adapun yang lain daripada itu adalah sama seperti yang terkandung dalam kenyataan akhbar dan ulasan yang telah saya buat.
Bagi jelas dalam hati hampa bahawa selain komen mengenai 'Negara Berkebajikan', komen lain terhadap PAS selepas dia angin satu badan terhadap Saari Sungib yang buka pekungnya bahawa orang Gombak tak kelapaq kat dia, semuanya Dr Hasan tak tarik balik.

Apa yang Dr Hassan sebut sebelum itu? Antara lain baca laporan Utusan Malaysia 21/12/11 bertajuk "Hasan tolak negara berkebajikan". Dalam berita Utusan Malaysia 21/12/11 juga yang bertajuk "Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor sifatkan Mustafa bongkak, sombong", Dr Hassan dipetik sebagai berkata:
Saya ingin tegaskan apa yang saya sedang lakukan adalah untuk mengukuh dan memperkuatkan Pas supaya Pas tidak dilihat terumbang-ambing dan dilihat tidak konsisten dengan dasar perjuangan menegakkan Islam.
Selepas ini, bolehlah orang-orang Umno bersyarah sana-sini memetik kata-kata Dr Hassan dan menyatakan bahawa bahawa "Hassan Ali sendiri mengaku PAS dilihat terumbang-ambing dan dilihat tidak konsisten dengan dasar perjuangan menegakkan Islam".

Dalam berita bertajuk "PAS calls in malcontents to end open spat", Naib Presiden PAS Haji Salahuddin Ayub berkata bahawa Dr Hasan "still plays a very important role in our party".

Saya bersetuju seratus peratus kenyataan Salahuddin. Memang, Dr Hasan mempunyai peranan yang penting dalam PAS. Antara peranan penting beliau ialah seperti yang dinyatakan dalam ruangan pendapat pembaca dalam Malaysiakini bertajuk 



sumber: penarik beca

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.