Followers

Wednesday, December 28, 2011

Kemana Menghilangnya Astora Jabat "Ulama" UMNO? (Video)

Ini Jawapan Kenapa Rosmah Tak Mau Pakai Tudung...

Majoriti ramai umat Islam di negara kita faham dan percaya bahawa rambut adalah aurat wanita. Maka sudah tentu majoriti berfahaman bahawa wanita wajib bertudung untuk menutup bahagian kepalanya kecuali muka.

Ada juga yang berpendapat yang muka juga perlu ditutup dengan apa yang kita sering panggil sebagai purdah, namun ia adalah pendapat sebahagian kecil orang ramai.

Dengan mengambil fahaman pendapat orang kita sebegitu maka ramai pejuang Islam berasa tidak selesa dengan sikap glamour wanita pertama (dia kata) negara kita yang selesa dengan fesyen tunjuk jambulnya walaupun ketika berada di Mekah (kecuali ketika buat haji).



 

Tetapi nampaknya Rosmah macam tak berapa ambil hairan dengan kritikan umat Islam yang menempelak fesyen dedah rambutnya, sedangkan kita war-warkan seluruh dunia bahawa Malaysia negara Islam dan Najib merupakan pemimpin Islam yang disegani dunia arab (kata depa).

Mungkin kita akan tertanya-tanya, "kenapa ya?". Rosmah ni tak baca blog ke, dia buat selamba saja macam atak ada apa-apa masalah.


Jawapanya adalah, Rosmah berkemungkinan mengambil fahaman ataupun fatwa dari salah seorang ulama kuat Umno (ulama moden) yang banyak mengkritik fahaman ortodok ulama-ulama ahlissunnah di seluruh dunia termasuklah semua ulama Pas di Malaysia.


Ulama kuat Umno itu sejak dari dulu menegaskan bahawa wanita tidak wajib menutup rambut mereka kerana rambut bukanlah sebahagian daripada aurat kaum wanita. Sebelum ini penulis Astora Jabat juga ada membuat fahaman sebegitu, tapi Astora Jabat sekarang ini hilnag entah ke mana, mungkin dah kembali ke perkampungan asalnya di Siam sana.Disini aku sertakan pemahaman sesat astora jabat nih mengenai isu tudung...

Astora Jabat 'Ulama' UMNO;


Soalan Dayana Norman (Bicara Agama, Mingguan Malaysia,
10/10/99) yang mempersoalkan tentang hukum wanita Umno
(yang pemimpin mereka mendakwa merekalah pejuang Islam
sebenar) tidak menutup aurat (khususnya rambut dan
leher). Dayana mempersoalkan bagaimana mereka ini
boleh dicontohi dan diiktiraf sebagai pejuang Islam?

Maka berfatwalah Sahib al-Samahah wa al-Fadhilah
al-Ustaz al-Shaykh Astora Jabat (hadahuLlah). Tuan
Mufti Astora Jabat mentarjih
(mengesahkan/memperkuatkan) pandangan yang ketiga
tersebut berdasarkan dalil-dalilnya yang ‘teramat
kuat’:

1. Pada zaman Rasulullah saw. dan sahabat, ada wanita
yang tidak menutup rambut sebagaimana disebut dalam
kitab-kitab lama.

2. Kawan-kawan wanita yang sama belajar dengannya di
Thailand dan Wakaf Baru (Kelantan) hanya menutup
rambut sewaktu di kelas agama saja, tidak di luar.

3. Manakala kawan-kawan wanitanya semasa belajar di
Tunisia dan Maghribi (Morocco) tidak menutup rambut
langsung sama ada di dalam atau di luar kelas.

4. Guru wanitanya yang bernama Aishah bt. Abd Rahman
(terkenal dengan gelaran Bintu al-Shati’, saya pun
memiliki beberapa buku tulisannya) tidak memakai
tudung kecuali setelah teramat tua.

5. Pelajar wanita Melayu dari Malaysia, Indonesia,
Thailand dan Filipina sebelum 1979 tidak bertudung
ketika mereka belajar di Mesir, kecuali semasa musim
sejuk. Ini termasuklah pelajar wanita yang telah
menjadi isteri ulama di Malaysia sekarang ini.

Anak-anak wanita ulama al-Azhar sendiri tidak
bertudung seperti anak Dr. Muhd Ali Mahjoub, anak dan
isteri pemikir Islam terkenal Adel Hussain dan anak
Dr. Fathi ‘Uthman pun tidak bertudung.

Seminggu selepasnya (17/10/99) Tuan Mufti menambah
lagi hujahnya untuk menjawab e-mel daripada Wahidah
Hanum:

6- Fenomena bertudung hanya muncul sejak 20 tahun
kebelakangan ini saja iaitu selepas Revolusi Iran
1979.

7- Tidak harus mengecam wanita yang tidak bertudung
kerana mereka mungkin mengikut pendapat mazhab yang
mengatakan tidak berdosa jika tidak bertudung seperti
pendapat sesetengah ulama mazhab Hanafi atau hanya
dosa kecil seperti pendapat sesetengah ulama mazhab
Maliki.

8- Puak-puak yang inginkan wanita bertudung bukan
setakat ingin menutup rambut wanita sahaja bahkan
mereka ingin menutup akal wanita supaya tidak mendapat
pelajaran.

Kalau nak baca tulisan ulama Umno yang aku sebutkan di atas anda boleh baca di sini. Ramai daripada pengkomen nampaknya amat bersetuju dengan tulisan serta hujah beliau. Memang ramai sebenarnya amat ternanti-nanti dengan fatwa bahawa wanita tak payah pakai tudung, baru syok!.


 
Diatas nih video lama mamat yang dulunya umno lepastu masuk PKR lepastu umno balik.Macam katak la pulak mamat ni dok lompat sana sini.Video nih aku taktau la dia belah mana masa nih.tapi jawapan dia nih memag tahap budak sekolah rendah.Macam tak mengaji pulak aku tegok mamat nih.

Apa pun aku teringin  nak tengok apa kata Menteri Hal Ehwal Agama kita terhadap fahaman sebegini, nak masukkan mereka sebagai geng atau kumpulan mana agaknya?


sumber: siasahkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.