Followers

Friday, December 23, 2011

Jumaat, Disember 23, 2011

 

Gila!!!! Menteri Agama Umno Salah Guna Wang Zakat..!!!

KUALA LUMPUR 23 Dis: Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan penggunaan wang zakat oleh Datuk Jamil Khir Baharom, jelas membuktikan beliau seorang yang tidak amanah.
“Menggunakan wang zakat merupakan perbuatan khianat oleh menteri. 
 
Sepatutnya beliau (Jamil Khir) bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam tapi sesuka hati bayar duit zakat bayar kes guaman, walhal bukan amil (tidak layak menerima wang zakat),” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Wang sebanyak RM63,650 itu dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil Khir dan dua yang lain.
 
Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

Izzah berkata, meskipun wang itu sudah dikembalikan, Jamil sebagai Menteri Agama di dalam kerajaan sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat dan bukannya mengambil kesempatan menggunakan wang tersebut.
 
“Ini bukan saja melibatkan persepsi masyarakat tetapi rakyat telah hilang keyakinan kerana begitu mudah mengambil wang zakat. Jamil sudah tidak ada kredibiliti kerana tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
 
 
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nuru Izzah Anwar mendenga aduan                                            penduduk di Taman Sentosa.
 
Sementara itu, Izzah yang ditemui selepas lawatan kawasan penduduk di Taman Seri Sentosa, Klang Lama menggesa Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL) memberi perhatian terhadap rungutan penjaja di situ.

Ia berhubung aduan bahawa DBKL menindas beberapa penjaja di kawasan tersebut.
Menurutnya, DBKL tidak seharus berat sebelah untuk mengambil tindakan dan perlu mengambil kira pendapat penduduk setempat.
“Kalau betul nak ambil tindakan, jangan pilih bulu. Jangan ditindas peniaga-peniaga tertentu yang mencari rezeki,” katanya.KeadilanDaily

Kempen Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.