TUA kutuk tak sedar diri. Itu saja yang boleh aku sebut kepada Mohd Kamal Saidin orang tua nyanyuk yang dipanggil ulamak oleh puak Umno ini. Memang dia nyanyuk kalau pun tidak sedar diri kerana jika beliau waras, mana mungkin tergamak beliau menghina Hukum Hudud di hadapan orang-orang bukan Islam?
Mohd Kamal Sadin baru-baru ini dilaporkan mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan Negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah. Beliau yang bercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur, berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.
Sebenarnya apa yang dipersoalkan oleh orang tua kutuk ini tentang enakmen tersebut sama seperti yang dipersoalkan oleh Zul Kulim `lembu' di dalam Parlimen sebelum ini yang mendakwa hukum tersebut `memboleh'kan suami meliwat isteri. Persoalan tersebut telah dijawab di dalam Parlimen malahan telah diperjelaskan dengan nas dan dalil oleh Dewan Ulamak PAS melalui media. Lebih jelas lagi, telah bertahun enakmen tersebut diluluskan, sehingga kini Jabatan Agama Islam mahu pun Majlis Fatwa tidak pernah mempertikaikan enakmen berkenaan. Masakan hukum yang `sesat' di dalam enakmen Syariah boleh dibenarkan berkuatkuasa tanpa tindakan oleh Jabatan Agama Islam?
Oleh yang demikian, mengapa bengap sangat orang tua ini untuk memahami enakmen tersebut? Atau, sememangnya beliau dilahirkan untuk menyesatkan orang lain kalau pun tidak untuk menunjukkan betapa bebalnya Ulamak di dalam Umno memahami Hukum Hudud? Baru-baru ini, aku sendiri tengok si tua jahil ini bercakap di pentas PWTC dengan memetik beberapa ayat Al-Quran yang bacaannya pun tunggang-langgang semata-mata untuk menghentam PAS. PAS dikatakan parti ajaran sesat, tetapi si tua nyanyuk ini lupa bahawa parti anutan beliau itu telah beberapa kali `menyembah' kaki PAS untuk bersatu. Jika benar PAS itu sesat, apa kejadahnya yang Umno mahu bersatu dengan PAS? Bukankah lebih baik Umno terus bersatu dengan APCO yang `tidak sesat' itu?
Mahu marah pun ada, tetapi simpati pun ada pada orang tua seekor ini. Di dalam keadaan nyawa di hujung tanduk, gigi pun semakin jarang dengan rambut sudah memutih tetapi masih bersemangat untuk memburukkan hukum Islam di hadapan orang-orang bukan Islam. Jadi, pelik apanya jika Chua Soi Lek pemimpin MCA kaki zina itu sekarang berani menghina hukum Hudud. Elok benarlah Chua Soi Lek melantik Mohd Kamal Saidin ini menjadi Tok Guru dia./wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.