Hentikan tohmahan terhadap Shahrizat KUALA LUMPUR 13 Dis. - Setiap pemimpin Barisan Nasional (BN) diminta menghentikan segera tohmahan terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dikaitkan dalam isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, seharusnya pemimpin BN tidak terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan media pembangkang kerana isu itu sebenarnya boleh diselesaikan secara baik. Katanya, Shahrizat tidak seharusnya menjadi 'mangsa kecaman' hanya kerana Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail adalah suaminya. "NFC merupakan syarikat swasta yang tidak ada kena-mengena dengan diri Shahrizat dan kementerian yang diterajuinya.
Malah, NFC mempunyai perancangan sendiri bagaimana untuk menjelaskan pembayaran pinjaman tersebut. "Justeru, kami yang juga mewakili gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) keselamatan negara berasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang seolah-olah bertindak 'tikam belakang' dan mahu isu ini dihentikan segera kerana ia tidak adil kepada Shahrizat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Kiriman: Tok Batin Deris
ini bodo punya statement...! bini bila dah jadi menteri, sang suami plak dapat projek, mustahil la sang bini ni tak inject veto bangang..! sapa dia Ali Baharom ni? ni mesti sekolah takat SPM gred 3 ujung² ni... cetek benar pemikiran...!
ReplyDeletedey bodo, takyah sesusah nak backing kedua² lumbu ni la.. dah terang lagi bersuluh la bangang..! 250juta bukan sikit tau tak..! purk key mark punya Ali Baharom... kalo ko nak backing pun ko go solo la.. toksah la pi bawak PVTM yg tah ape pun aku tatau...! lan chiauuu betul
Setuju dan tepat komen ApeHeHell...contoh..cuba lah kita rakyat biasa ni yang nak pinjam sebanyak itu..boleh dapat ker? Nak pinjam duit bank beli kereta 30 ribu pun bukan main seksanya... Apa tah lagi nak pinjam buat perniagaan....mesti ada CAGARAN TANAH dan sebagainya... ini jumlah 250 juta Wow !!! Banyak tu..... kalau bukan isteri jadi Menteri...boleh dapat ker ???
ReplyDelete