Followers

Monday, December 12, 2011

Ezam buang tebiat??? - Dari Blogger UMNO


Pengucapan bebal disana sini
Monday, 12 December 2011 - SAKMONGKOL AK47

Dalam dua minggu ini, saya ingat saya sudah mendengar semua kenyataan tolol dan bebal dalam negara kita. Rupa2 nya saya salah. Tiba2 senator Ezam Mohd Nor mengeluarkan suatu kenyataan yang mengatasi kebebalan kenyataan2 yang sudah2.
Mula saya ingat Muhyidin Yasin sudah tebiat bila menakutkan orang Melayu mengenai ancaman keatas Melayu oleh bangsa lain. Setelah itu, ketua penerangan UMNO mengukuhkan lagi rasa cemas pemimpin parti yang kian tenat bila menyatakan pandangan bebal yang sama. Jika DAP dan orang Cina memerintah negara habis lah orang Melayu, habis lah Islam dan habislah Raja2 Melayu.

Sana sini orang bercakap- adakah pemimpin UMNO sudah jadi bingung? DAP yang Islam yang sudah sempurna berada dalam ancaman? Hello- yang terancam dan berada dalam keadaan yang teruk, ialah orang Muslim dan majority Muslim dalam negara kita ialah orang Melayu. Keadaan mereka terjadi demikian disebabkan system pemerintahan dan cara orang UMNO berpolitik.

Orang Cina yang berjumlah lebih kecil mahu menjatuhkan orang Melayu yang merupakan 65% penduduk negara ini? Tauke Cina kalau dapat, hendak lagi baik dengan raja2 Melayu sebab melalui sistem raja, mereka dapat menguasai lebih banyak bisnes dan pengaruh. Sebab itu, saya menganggap bila dua pemimpin UMNO dari Johor ini mengeluarkan kenyataan bebal tersebut, UMNO sudah cemas dan kebingungan.

Tapi, bila Ezam Mohd Noor yang mendakwa DAP akan menjadikan Malaysia sebuah Singapura, saya rasa trademark UMNO dan orang2 yang menyokong nya, ialah mereka semua sudah buang tebiat. Mengikut hemat orang Melayu, orang yang buang tebiat, ialah orang yang hampir mati. Demikian agaknya, yang terjadi keatas UMNO sekarang.

Elok rasa nya kita jawab kenyataan senator Ezam. Apa salah nya- jika Malaysia jadi kaya dan kekayaan tersebut di nikmati oleh semua berbanding pada masa sekarang kekayaan dan nikmat ekonomi di monopoli oleh segelintir orang tertentu? Apa salah nya, negara kita menjadi negara macam Singapura di mana perkhidmatan awam nya kelas pertama? Dan apa salah nya negara kita jadi macam Singapura yang mengenakan disiplin yang ketat keatas rasuah?
 
 
Demo LaNie

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.