Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau lebih suka sekiranya syarikat tempatan yang mengendalikan kerja-kerja penggerekan terowong Transit Aliran Massa (MRT) kerana ia boleh meningkatkan keupayaan dan kepakaran kejuruteraan tempatan.
Dilaporkan yang beberapa syarikat asing telah membida untuk kerja-kerja terowong MRT termasuklah syarikat dari China, Korea Selatan dan Jepun serta konsortium tempatan MMC-Gamuda, yang telah menunjukkan keupayaan mereka dalam pembinaan terowong-terowong Smart dan Lingkaran Pencala.
Pembuatan terowong ialah sesuatu yang baharu dan kompleks, dan memberikan kontrak itu kepada syarikat tempatan akan menyediakan syarikat tempatan dengan kepakaran kejuruteraan, kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas melancarkan Akademi Latihan Penerowongan MMC-Gamuda di Kota Kemuning di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata beliau faham yang jika syarikat tempatan mendapat kerja-kerja itu, ia turut memainkan peranan dalam pembinaan mesin penggerekan dan ini akan memberikan peluang yang baik untuk memiliki pengetahuan kejuruteraan dalam bidang yang biasanya tidak ada di Malaysia, dan tidak banyak negara mempunyai kemampuan ini.
Ditanya mengenai peluang MMC-Gamuda mendapatkan kerja-kerja ini, beliau berkata: "Syarikat-syarikat ini adalah antara syarikat yang mempunyai pengalaman membina terowong SMART serta Pencala, saya rasa Pencala adalah antara terowong rekaan terbaik, malah, apabila mendekatinya, ia nampak amat cantik.
"Jadi, saya rasa mereka mempunyai peluang baik."
Beliau menambah: "Mengenai siapa yang akan membinanya, itu akan diputuskan oleh kerajaan, tetapi jika saya ada cara saya, sudah pasti, saya ingin lihat ianya dilakukan oleh rakyat tempatan."
Beliau berkata jika kontrak itu diberikan kepada kontraktor asing, rakyat Malaysia tidak akan belajar apa-apa dari projek ini.
Dr Mahathir berkata: "Tetapi jika berinya kepada kontraktor tempatan, mungkin harganya akan lebih tinggi atau mungkin terdapatnya penangguhan dan sebagainya.
"Malah, jika kita berikan kepada orang asingpun, tiada jaminan tidak berlakunya sebarang penangguhan ataupun gangguan. Jadi, kita perlu ambil risiko, dan jika kita berminat dalam mendapatkan kepakaran, kita perlu tanggung juga risikonya."
Sementara itu, pengarah urusan Gamuda, Datuk Lin Yun Ling memberitahu pemberita yang kerajaan mungkin mengumumkan pembida yang berjaya untuk kerja-kerja terowong itu pada bulan April atau Mei tahun depan.
"Kami akan buat yang terbaik, kami akan cuba kemukakan dengan satu cadangan yang berdaya saing dan terbaik yang boleh kami lakukan," kata beliau.
Dalam pada itu, diiminta mengulas mengenai beberapa pihak di dalam Felda yang menentang penyenaraian cabang komersil lembaga itu, Dr Mahathir berkata sepanjang 22 tahun beliau di dalam kerajaan, mesti adanya golongan mereka yang dalam kerajaan yang membantah cadangannya, tetapi sekiranya dirasakan ia baik, maka eloklah diteruskan.
Beliau berkata: "Seperti yang kita tahu, apabila kita teruskan dan hasilnya pula baik. Beberapa pihak dalam lingkungan kerajaan tidak suka akan pembinaan Jambatan Pulau Pinang, tidak suku Transit Aliran Ringan dan macam-macam lagi, tetapi kita perlu mengambil pandangan mereka yang menyokongnya dan alasan-alasan untuk menjayakannya.
Sementara itu, Akademi Latihan Terowong MMC-Gamuda yang dirasmikan hari ini adalah sekolah latihan pertama dunia yang melahirkan tenaga berkemahiran yang tinggi untuk industri penerowongan.
Sasaran akademi yang bernilai RM10 juta itu ialah melatih 1,000 pekerja profesional dan berkemahiran untuk laluan MRT Sungai Buloh-Kajang, dan kumpulan pertama pelatih telah memulakan latihan bulan ini.
- Bernama

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.