Followers

Wednesday, December 7, 2011

Bukti Dakwat Kekal Sah Digunakan Di Mesir

 

Sudah terlalu banyak polemik dikeluarkan berhubung isu penggunaan dakwat kekal yang menjadi igauan Umno-APCO hinggakan terpaksa mengarahkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat pada pilihanraya umum ke 12 Mac 2008 lalu.

Akan tetapi, di Mesir yang baru sahaja berjaya menggulingkan rejim diktator yang disokong Israel sejak 1967, Hosni Mubarak dalam satu gerakan rakyat, kini sedang dalam proses membentuk kerajaan pilihan rakyat setelah selesai pusingan pertama pilihanraya negara itu.


Dan bukti jelas yang sekaligus menafikan dakwaan SPR dan pencaci Umno-APCO lain ditunjukkan dalam gambar di atas yang diperolehi dari Reuters.


Jelas kelihatan seorang wanita Mesir yang sudah membuang undi menunjukkan jari telunjuknya yang dicalit dengan dakwat kekal (indelible ink) yang boleh bertahan selama TIGA (3) hari tanpa masalah untuk menunaikan solat dan kewajipan lain.


Inilah salah satu sebab utama mengapa Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) berjaya memenangi pusingan pertama pilihanraya beberapa hari lalu.


Dan inilah juga bukti yang merunsingkan Umno-APCO dan SPR kerana alasan mereka untuk menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak akan berlaku kerana majlis itu sendiri telah memperakui penggunaan dakwat kekal sah digunakan dalam pilihanraya seperti yang dinyatakan pada 2007 lalu!


(Keterangan gambar -
A woman shows her ink-stained finger after casting her vote during the second day of the parliamentary run-off elections at a polling station in Cairo December 6, 2011. — Reuters pic)

(Seorang wanita menunjukkan jarinya yang dicalit dengan dakwat kekal selepas membuang undi pada hari kedua pilihanraya parlimen di sebuah pusat mengundi di Kaherah pada 6 Disember 2011).


Nah, apa lagi alasan SPR dan Umno-APCO serta Majlis Fatwa untuk menghalang rakyat yang sah membuang undi dan dicalit jari mereka tanda sudah membuang undi bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku terutamanya warga asing tanpa izin yang diberi kad pengenalan untuk mengundi bagi Umno-APCO??


Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 26 Oktober 2007 memutuskan bahawa harus menggunakan Indelible Ink dalam pilihanraya Malaysia berdasarkan masalah siasah syariah.


SPR dan Umno-APCO jangan lagi berselindung di sebalik hukum agama kerana Mesir juga adalah sebuah negara Islam sama seperti Malaysia yang Mahathir dan Najib Altantuya mengaku negara ini juga adalah negara Islam dan menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)!

JALAN PULANG

Rujukan:


KLIK 
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/isu-penggunaan-indelible-ink

Dakwat Kekal: SPR Kata OK, Tapi Kena Tunggu Kelulusan Majlis Fatwa

Timbalan Pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, seiring dengan keputusan jawatankuasan pilihan khas Parlimen yang memutuskan untuk menggunakannya, dakwat kekal yang akan dibeli akan dikemukakan kepada majlis itu untuk penilaian dan ujian tentang kandungannya supaya ia tidak bertentangan dengan Islam.


“Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memberi kelulusan kepada penggunaan dakwat kekal sebelum ini, cuma apabila kita beli nanti, apabila tiba bekalan nanti, kita kena beri kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk ujian kandangan dalam dakwat kekal supaya ia tidak meragukan umat Islam,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.


Penggunaan dakwat kekal adalah antara 10 cadangan yang dikemukakan dalam laporan awal yang dibentangkan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi pembahruan sistem pilihan raya di negara ini di Dewan Rakyat minggu lalu.


Agensi seperti SPR yang dinamakan dalam laporan itu diberikan tempoh dua minggu bagi melaksanakan cadangan berkenaan.


Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.