Followers

Wednesday, December 14, 2011

Bangkai dijangka menang di Lembah Pantai (2)


Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi

Ahli Parlimen di tempat isteri saya dan saya mengundi, Nurul Izzah Anwar menjangkakan keputusan pilihan raya umum akan datang akan ditentukan pengundi hantu. Lihat Malaysiakini hari ini "'Phantom voters' will determine outcome of GE13".

Saya rasa, ramai dah tahu perkara itu. Di Selangor, ada blogger tersohor menjangkakan bangkai-bangkai akan menang dan membentuk majoriti di negeri itu. Di Lembah Pantai, saya dah tulis tentang kemungkinan bangkai akan menang di situ, walaupun saya sentiasa berdoa sebaliknya. Lihat posting "Bangkai dijangka menang di Lembah Pantai".

Apa-apa pun, saya merayu perlindungan Allah s.w.t. dari menangnya bangkai di Lembah Pantai. Bangkai itu menggadai warisan Melayu di Kampung Baru (untuk tujuan rekod sahaja, Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin adalah ketua Umno bahagian Lembah Pantai).

Sebagai rakyat, kita mahu Umno dan Barisan Nasional (BN) dibunuh kuasa mereka. Di atas kekalahan Umno BN, kita mahu menuntut dilaksanakan serta merta institutional reform. Apa institutional reform yang kita nak? Lebih kurang macam di bawah ni:
SPR, SPRM, kehakiman dan lain-lain institusi penting yang berkait rapat dengan demokrasi dan kedaulatan rakyat diletakkan di bawah Jawatankuasa Parlimen. Untuk polis, ditubuhkan suruhanjaya seperti IPCMC yang dicadangkan. Dengan itu, SPR dan SPRM umpamanya tidak lagi meringkuk di bawah cengkaman Perdana Menteri - tidak kira dari parti mana pun dan siapa pun Perdana Menteri.

Lebih penting dari itu semua, digubal undang-undang yang menghalang kerajaan menindas dan menzalimi rakyat. Itu paling penting.
Semua itu tidak akan berlaku selagi Umno berkuasa. Tak mungkin dan tak mungkin. Umno tobat lahum tak akan buat itu semua!

Jika pengundi hantu yang menentukan keputusan pilihan raya akan datang, adakah rakyat mempunyai pilihan lain selain bersabung nyawa turun di jalan raya menuntut dikembalikan kedaulatan kuasa rakyat?

Jika pengundi hantu yang menentukan keputusan pilihan raya akan datang, rakyat perlu bangkit tanpa pemimpin seperti di Mesir dan Tunisia!
 
 
Penarik Beca

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.