Seperti yang dijangkakan, Umno akhirnya bersedia untuk menjadikan Shahrizat Jalil sebagai 'kambing hitam' (disebut lembu) apabila isu penyelewengan pinjaman mudah projek integrator fidlot nasional mula menjahanamkan reputasi Umno yang telah sedia rosak.
Dari bisik-bisik keliling yang telah tersebar, Umno kini merancang untuk terus menekan Shahrizat agar segera melepaskan semua jawatan yang disandangnya supaya Umno kembali mendapat ruang bernafas sejak teruk 'dibelasah' dengan isu Shahrizat dan keluarganya menyeleweng serta berfoya-foya dengan duit yang sepatutnya digunakan untuk mengusahakan ternakan lembu.
Suasana kelam-kabut dalam Umno bermula apabila tiga pimpinan Parti Keadilan Rakyat iaitu Yb Zuraida, Yb Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli membongkar kisah penyelewengan National Feedlot Corporation yang terlibat dalam pembelian sebuah kondo, yang kemudiannya diakui oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Salleh sebagai pelaburan.
Beliau turut mengakui NFC bukan sahaja membeli sebuah, tetapi dua buah kondominium mewah One Menerung yang berharga RM 13.8 Juta seperti yang didedahkan oleh blog Liang Lahad
Rentetan daripada itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Yb Bung Mukhtar Radin menjadi individu Umno yang pertama mendesak Shahrizat Jalil meletakkan jawatan. Desakan ini dilakukan oleh beliau dalam sidang Dewan Rakyat yang baru berlangsung.
Dari situlah nampaknya Umno mula memasang langkah untuk meng'nyah'kan Shahrizat Jalil daripada arena politik Umno.
Tindakan ini disokong kemudiannya oleh Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Ali Alhabsee dan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh yang mengulangi gesaan untuk Shahrizat Jalil meletakkan jawatan.
Tetapi apa yang lebih mengejutkan lagi adalah desakan terbuka yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir lebih seminggu yang lalu.
Umum mengetahui Mahathir masih mempunyai pengaruh dalam perlaksanaan dasar oleh Umno dan kerajaan pimpinan Najib Razak. Oleh yang demikian, tidak hairanlah kalau dalam dua hingga ke tiga minggu akan datang, Shahrizat akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri dan Ketua Wanita Umno atau sekurang-kurangnya direhatkan untuk mengembalikan semangat Umno terutamanya Wanita yang semakin lesu kerana isu ini.
Tukang lawan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.