Di bawah ini ialah pandangan Kuli tentang UMNO. Itu pandangan Kuli.... Pandangan rakyat pulak... UMNO is a hopeless party. Very kukubesi and lots of hanky-panky.... demi memperkukuh kuasa dan memperkaya diri dan kroni.
Apa-apa pun, dia masih mahu terus bersama UMNO. But, at the same time... dia mahu suaranya didengar melalui AMANAH pula. Well... this is a free and democratic country. Do as you wish. Good luck.
KUALA LUMPUR, 8 Nov — Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dilancarkan Julai lalu kerana tidak mempunyai ruang bersuara dalam Umno.
Bagaimanapun kata pemimpin veteran ini, beliau akan terus bersama parti Melayu terbesar itu.
“Masih ada keyakinan (terhadap Umno) tapi saya bersama NGO (badan bukan kerajaan) kerana ada ruang...kalau tiada ruang dalam parti, bagi saya tiada (ruang dalam Umno)...tiada.
“Orang macam saya tidak dapat tempat untuk bersuara, kalau dalam perhimpunan agung pun, nak bercakap perlu dapat kebenaran orang atasan tiada kebebasan tidak seperti dulu,” katanya pada sidang media di sini.
Tambah beliau: “Kalau nak keluar saya dah cakap, buat apa nak buang masa.”
Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan “Ku Li” berkata Amanah yang telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dua minggu lalu akan merancangkan program dan menggerakkan pertubuhan itu secara aktif.
“Kita sudah dapat kelulusan RoS, kita akan gerakkan pertubuhan ini...selama ini kita senyap kerana kita masih belum dapat kelulusan, kita tidak mahu nanti dikatakan pertubuhan haram,” kata presiden Amanah ini.
Sementara itu Timbalan Presiden Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata kepimpinan Umno sekarang tidak seperti pimpinan terdahulu yang mengamalkan prinsip kebebasan bersuara.
“Zaman dulu siapa yang nak bercakap boleh bercakap...sekarang kalau dalam perhimpunan agung nak bercakap pun kena dapat kebenaran, apa yang nak bercakap pun kena dapat kelulusan dan kalau bercakap semua yang sedap didengar,” katanya.
Dalam pada itu seorang lagi timbalan presiden Amanah Datuk Seri Ong Tee Keat berkata sejak melibatkan diri dalam pertubuhan itu banyak tuduhan yang telah dilemparkan kepadanya.
“Ini adalah platform NGO, tidak perlu nak cakap yang bukan-bukan. Sejak dulu saya sudah terlibat dalam NGO dan ia adalah hak saya untuk sertai mana-mana NGO.
“Itu hak saya untuk sertai mana-mana NGO dan ia adalah hak bersuara baik dalam program kemasyarakat atau politik yang mana saya tidak nampak percanggahan,” katanya.
Tambah Tengku Razaleigh, pentadbiran Najib telah melakukan banyak program transformasi namun pelaksanaannya masih tidak menampakkan hasil.-MI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.