ULASAN: Sememangnya orang2 UMNO ini semuanya "Lidah Bercabang". Depan orang kata "tiada politik dalam kampus". Tapi, bila praktis, gunakan premis kampus untuk UMNO dan Barisan Nasional.
Benda mcm ni pun diorang nak tipu.
Benda mcm ni pun diorang nak tipu.
Mahasiswa minta penjelasan Naib Canselor UiTM
Posted on November 14, 2011 by KomunitiKini
Oleh Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) meminta penjelasan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkenaan dengan Pertandingan Pidato Politik anjuran Pemuda Barisan Nasional yang diadakan di Dewan Seminar HEA , Menara UiTM (SAAS), Shah Alam pagi tadi yang terang – terangan berunsurkan politik.
Mahasiswa merasakan keterangan Naib Canselor UiTM bertajuk “Tidak Perlu Pinda AUKU” hanyalah sekadar retorik semata – mata. Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata pihaknya inginkan penjelasan daripada VC UiTM di atas percanggahan di dalam keterangan beliau dengan apa yang terjadi semalam.
“Kalau betul tidak mahu Mahasiswa berpolitik , jangan bagi kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus.” Tambah Pemimpin Mahasiswa itu , “Tindakan memberi kebenaran kepada parti politik masuk ke kampus sebenarnya akan menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya Mahasiswa.”
“Sejujurnya KAMI tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan VC UiTM yang mengatakan penglibatan mahasiswa dalam politik akan menyebabkan perpecahan.” Kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, “Kenyataan VC UiTM bahawa pindaan AUKU akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Bumiputera dan Melayu di universiti itu kami kira sebagai sesuatu yang tidak relevan.”
“Berikan kebebasan kepada Mahasiswa untuk meluahkan pendapat walaupun bercanggah dengan apa yang dimahukan oleh pihak universiti.”
“Tindakan mengongkong Mahasiswa sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah
malah akan melahirkan Mahasiswa yang tidak kritikal,konservatif serta jumud dalam berfikir.”
Tambahnya lagi, “Kalau dah orang politik pemerintah boleh dibawa masuk ke kawasan kampus, apa salahnya berikan sahaja kebebasan kepada Mahasiswa untuk berpolitik.”
“Jangan pula nanti cakap lain tapi buat lain.”
Maklumat lanjut berkenaan pertandingan pidato politik tersebut boleh didapati di http://pidatopemudabn.blogspot.com
Disediakan oleh : Khairul Naim Rafidi, Setiausaha Agong, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.