PAKATAN RAKYAT tidak mustahil melakukan kejutan di Pahang, Johor dan memperolehi majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen.Umno tunjang BN hanya bersandar kepada pengundi yang kurang pendedahan dan penjawat awam yang tertekan.
Tempoh berhujah di dewan negeri BN, dewan negara atau mahkamah tidak lagi bermakna kerana sekarang adalah tempoh melancarkan boikot majlis kerajaan dan berkempen awal.
Modalnya adalah kos, masa dan penerangan sistematik.
Pimpinan Pakatan Rakyat berjawatan atau berpendapatan harus bertebaran jauh ke pandalaman dan berkorban memberi ruang pada barisan pelapis memangku tugas sementara. Pakatan Rakyat seharusnya cukup bersedia berdepan karenah SPR yang memanipulasi peti undi, sabotaj dewan pengundian dan pernah berlakunya salah umum pemenang.
Semasa PRN10 Sarawak menampakkan kematangan kempen menarik DAP dan ketidakseragaman strategik Pakatan. PAS sebagai penamat Umno seharusnya menguasai tiga isu Melayu. Iaitu hakikat sejarah kemerdekaan, defisit negara dan kesyumulan syariat berlandaskan martabat ulama yang antaranya meliputi mata wang dinar dan hudud.
Setelah Mat Sabu mendedahkan peranan ulama sebagai pejuang kemerdekaan kini masanya Melayu didedahkan pula siapakah dalang di sebalik penasihat-penasihat raja. Mereka hanyalah berorientasikan kutipan zakat, aset dan tabungan Islam.
Sekiranya fokus, nekad dan perancangan pakatan yang selaras Pakatan Rakyat hanya selangkah membentuk kepimpinan baru negara, dilimpahi khazanah hasil bumi-NYA, begemerlapannya syiar Islam, menapak maju di persada global dan BN terkubur sendiri selamanya.
Shalehudin
kita sama-sama tumbangkan BN. gunakan apa sahaja aparat yang ada pada rakyat untuk menumbangkan kesombongan dan kepongahan pemimpin UBN.
ReplyDeleteInsyallah...bersatu kita dalam Blog dan FB untuk menyampaikan MAKLUMAT sebanyak mungkin untuk rakyat agar mereka bersama kita MENUMBANGKAN UMNO/BN pada PRU 13 kelak, Insyallah kita PASTI BERJAYA....
ReplyDelete