Pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO bergegas untuk mempertahankan yg tak dpt dipertahankan pada hari Selasa. Objek yang cuba mereka pertahankan ialah Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno dan juga menteri Wanita mengenai penglibatan beliau dalam skandal RM250 juta NFC.
Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa Shahrizat tidak harus dipersalahkan, dengan alasan bahawa suami dan keluarganya yang menguruskan projek NFC.
"Layaknya seperti yang mereka ingin menegaskan bahawa dia tidak tahu apa yang suami dan anak-anaknya sendiri lakukan. Beliau adalah ibu dalam keluarga itu, dan adakah mereka tidak berbincang atau bercakap tentang kondo RM10 juta tersebut dihadapan beliau. Bukankah itu pelik? "Naib Presiden PKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.
"Adakah mereka mengatakan bahawa suami dan anak-anaknya tidak akan bercakap tentang NFC sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik? Adakah maksud mereka dia tidak tahu bahawa keluarganya mendapat projek NFC dan oleh itu tidak ada percanggahan dari segi kepentingan? Semakin banyak alasan Umno semakin ia menjadi tidak masuk akal. Kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh Abdullah Badawi dan Muhyddin sangat mengecewakan, lebih buruk daripada Khairy memandangkan status mereka lebih tinggi. "
Alasan hambar
Sejak minggu lepas, projek nasional untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu dan mengekalkan harga murah telah menjadi perhatian umum. Ia telah diberikan kepada keluarga Shahrizat manakala dia adalah seorang Menteri Kabinet Persekutuan.
PKR, yang meniup wisel skandal itu menegaskan tidak ada tender terbuka yang diumumkan. Ia menuduh keluarga Shahrizat memperoleh lebih daripada RM83 juta dan pemberian diskaun besar yang bernilai berjuta-juta untuk perniagaan makanan dan minuman yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat.
Tetapi kejutan terbesar adalah bagaimana NFC boleh mengeluarkan cek untuk membeli kondo mewah di Bangsar yang bernilai kira-kira RM10 juta untuk Shahrizat dan keluarga beliau.
Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno, telah menegaskan bahawa ini adalah kerana NFC mempunyai lebihan tunai sementara menunggu peluang ladang satelit daging lembu dan sebagai langkah 'jangka pendek', NFC telah memutuskan untuk melabur dalam pasaran hartanah bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik . Penjelasan jenaka Khairy hampir menjadi kejutan untuk berita itu sendiri yang kini telah dilabel sebagai skandal 'kondo lembu'.
"Perniagaan itu dijalankan oleh keluarganya dan dia tidak terlibat." Sama ada ia adalah tepat untuk MP Kinabatangan Bung Mokhtar menyeru peletakan jawatan beliau, saya rasa beliau boleh berfikir untuk dirinya sendiri. Penjelasan oleh syarikat semestinya boleh membantu orang ramai untuk memahami isu ini dengan lebih baik, "beritahu Muhyiddin kepada pemberita pada hari Selasa.
"Apabila ditanya individu-individu berkenaan. “Adakah ia ada kaitan dengan Shahrizat?
Itu adalah suaminya ... Shahrizat tidak terlibat, jadi jangan tanya dia. Jika Shahrizat merupakan Ketua Pegawai Eksekutif jadi pasti [anda boleh meminta beliau menjelaskannya] tetapi sekarang dia tidak terlibat dan adalah tidak adil untuk melabel beliau sebagai terlibat, "Abdullah Badawi juga memberitahu pemberita pada sidang akhbar yang berasingan.
Rasuah melalui proksi
Kehambaran alasan yang ditawarkan oleh orang-orang atasanUmno menarik kritikan yang lebih tajam. Abdullah Badawi dan Muhyiddin dituduh cuba untuk menjustifikasikan penggunaan 'proksi' untuk mengesahkan apa yang sebenarnya adalah rasuah.
"Jika apa yang Abdullah Badawi dan Muhyiddin katakan adalah benar, maka sesiapa pun boleh menjalankan rasuah dengan menggunakan nama keluarga atau nama rakan-rakan mereka dan mereka dianggap tidak terlibat dan tidak akan dipersalahkan atau didakwa," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
"Lihat bagaimana kayanya anak-anak Mahathir. Keluarga Adullah Badawi juga sangat kaya termasuk Khairy sendiri. Anak Najib sekarang juga sedang mencipta gelombang dalam pasaran saham tempatan. Bolehkah kita mempersoalkan aktiviti anak-anak dan keluarga mereka tetapi masih membiarkan Umno elit terus memerintah negara dan meneruskan rasuah yang jelas memberi manfaat kepada diri mereka sendiri. Lemparkan persoalan itu kepada rakyat Malaysia dan dapatkan pandangan daripada orang ramai. Adakah rasuah melalui proksi itu ok?
Rombakan Kabinet
Sementara itu, semua mata tertumpu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekitar spekulasi bahawa beliau telah bersedia untuk membubarkan Parlimen atau melakukan rombakan kabinet.
Najib yang mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua BN pada malam ini telah menegaskan bahawa tidak akan ada pilihan raya tahun ini.
"Jika ada rombakan Kabinet, kita ingin lihat sekiranya Najib akan mengekalkan menteri yang terbabit dalam skandal NFC itu. Seperti yang kita tahu, lembu perlu tinggal di ladang-ladang dan tidak di kondo. Tetapi di Malaysia ,lembu boleh hidup dalam kondo tetapi bukan di ladang. "kata Guan Eng kepada pemberita.
Walaupun BN menuduh PKR membuat tuduhan tidak berasas, laporan Audit Negara yang dikeluarkan bulan lepas telah mengkritik NFC. Laporan menyatakan bahawa NFC sekarang dalam kacau-bilau dan pengeluarannya pada tahun 2010 hanyalah 3289 ekor lembu atau 41.1% daripada sasaran yang sepatutnya.
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.