Jika tiada sebarang hubungan intim yang serius kenapa DPP Azlina digugurkan?
Samada benar hanya gossip atau rumours hubungan itu , pihak pembela telah berjaya mengadakan tindakan protes.Ini antara kes popular di seluruh dunia.
Nazri: Tiada hubungan intim antara Saiful Bukhari dan DPP Farah Azlina
Tiada bukti yang menunjukkan ada hubungan intim antara Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif, yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada anggota pasukan pendakwa dalam kes itu.
Dalam jawapan bertulis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Ahli Parlimen
Bukit Gelugor, Karpal Singh bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah menyiasat dakwaan hubungan antara Saiful dan Farah Azlina.
“Tetapi dakwaan itu tidak berasas, tiada sebarang bukti kukuh,” kata Nazri.
Bagaimanapun menurut Nazri, yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas itu, Farah Azlina telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan bagi mengelakkan tuduhan susulan dalam kes fitnah liwat kedua melibatkan Anwar itu, yang sedang berlangsung sekarang.
Anwar, Ketua Pembangkang, telah berusaha untuk menggugurkan kes itu ekoran dakwaan pemblog kontroversial Raja Petra Kamarudin pada Ogos tahun lalu kononnya wujud hubungan seksual antara Saiful dan Farah Azlina.
Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tidak wujud salah guna proses memandangkan peranan Farah Azlina dalam perbicaraan semasa Anwar adalah terhad.
http://abushahid.wordpress.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.