Siapa tidak kenal dengan Rahim Tamby Chik, bekas Ketua Menteri Melaka yang pernah dihadapkan ke Mahkamah kerana dakwaan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur.
Dia yang kemudian dilepaskan mahkamah atas campur tangan politik, kini cuba mencari nama dengan mencipta sensasi baru pula - kononnya ada usaha untuk menjadikan Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menakluk Putrajaya.
Sketsa terbaru dicipta Rahim ini adalah yang kedua selepas usaha menyebarkan video seks yang konon membabitkan Datuk Seri Anwar dengan pelacur China gagal untuk meyakinkan rakyat beliau punya masalah moral. Lagu yang sama juga pernah didendangkan pembelot Bayan Baru, Zahrain Mohamed pada Julai, rujuk sini.
Hanya kerana Kuli kelihatan aktif memperjuangkan hak Kelantan mendapatkan royalti minyak dari kerajaan pusat, itu bukan alasan terkukuh untuk mengatakan Kuli sudah layak memimpin Pakatan Rakyat apatah lagi menjadi Perdana Menteri jika berjaya memerintah negara nanti.
Untuk memimpin Pakatan Rakyat perlukan lebih dari sekadar kelihatan popular dalam isu-isu tertentu, untuk memimpin Pakatan Rakyat perlu tahu bagaimana menyatukan kepelbagaian idealogi yang terdapat pada komponen-komponen utama yang membentuk Pakatan Rakyat hari ini.
Kuli semasa memimpin Semangat 46 (S46) pernah cuba mewujudkan 2 gagasan parti politik iaitu Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dianggotai S46, PAS, Berjasa, HAMIM dan KIMMA serta Gagasan Rakyat (S46, DAP, PBS & PRM) untuk bersaing dengan BN dalam kempen pilihanraya 1995.
Kewujudan 2 entiti politik pembangkang berlainan yang masing-masing diketuai S46 itu sendiri adalah bukti kegagalan Kuli untuk menyatukan pelbagai parti politik di Malaysia seperti mana yang dilakukan Anwar hari ini melalui pembentukan Pakatan Rakyat.
Kegagalan pembangkang mengekalkan jumlah kerusi yang dimenangi pada 1990 dalam pilihanraya umum 1995 adalah bukti kepada kenyataan itu. S46 itu sendiri dibubarkan pada 1996 dengan Kuli menjilat ludahnya kembali untuk menyertai UMNO.
Justeru mana mungkin Kuli boleh mengatasi Anwar dalam hal memimpin Pakatan Rakyat dan negara jika kita berjaya menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Tambahan lagi bila Kuli sudah menyatakan kesetiaan tidak berbelah baginya kepada UMNO walaupun terasa diketepikan pucuk pimpinan apabila pandangannya tidak diterima.
Jadi tak usahlah Rahim Tamby Chik cuba menimbulkan keregangan hubungan dalam Pakatan Rakyat dengan menimbulkan curiga pula. Walau apa pun terjadi, Anwar adalah bakal Perdana Menteri dan pemimpin Pakatan Rakyat. Tiada siapa pun, apatah lagi Rahim Tamby Chik yang boleh menafikan kenyataan itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.