Followers

Thursday, November 10, 2011

Persundalan Polis: Bukan berpangkat rendah saja. Ketua Polis lebih dahsyat!!



Pangkal Ayat: Bukan semua polis berperangai sundal, tetapi ramai yang menyundalkan jawatan mereka. 
Dalam sejarah PDRM, persundalan paling hina olih PDRM dilakukan olih Rahim Nor! Anjing inilah yang menjadi perosak nyata imej PDRM


JOHOR BAHRU: Tujuh anggota Balai Polis Plentong, di sini, telah ditahan reman empat hari sejak Ahad lalu kerana disyaki terbabit dengan kes pemerasan ketika mereka menjalankan sekatan jalan raya dalam kawasan pentadbiran balai berkenaan.

Kesemua anggota berpangkat rendah yang diketuai seorang berpangkat koperal itu ditahan kira-kira 3 pagi, selepas polis menerima aduan.


Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara yang diketuai Asisten Superintenden Tan Yang Siong.

'Bertindak atas aduan, tujuh anggota itu ditahan bagi siasatan lanjut kerana disyaki terbabit dalam kes pemerasan.


'Sama seperti orang awam, begitu juga anggota polis. Jika mereka melakukan kesalahan atau jenayah, kita tidak bertolak ansur atau memberi layanan istimewa, sebaliknya turut berdepan siasatan dan tindakan undang-undang,' katanya. -- BHM.
 
'Mereka yang ditahan adalah anggota yang melakukan sekatan jalan raya dan beroperasi di lokasi dalam kawasan pentadbiran Balai Polis Plentong,' katanya, di sini, kelmarin.

Datuk Mohd Mokhtar berkata, semua anggota polis itu kini ditahan reman selama empat hari.

Beliau berkata, mereka akan berdepan dengan siasatan kerana melakukan pemerasan yang, jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan terbabit.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius kes itu dan memberi jaminan siasatan rapi akan dijalankan tanpa sebarang layanan istimewa.


Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.