Mereka bukan sahaja berebut-rebut sesama mereka di dalam parti sekular tersebut, bahkan rakan sekutu mereka pun mereka mahu pijak. Perebutan kerusi di antara Umno dan MCA termasuk Gerakan tidak boleh diselindung lagi kerana Umno sudah mula meluat dengan kedua-dua parti Cina tersebut disebabkan Bn hilang maruah hilang majoriti 2/3 di Parlimen adalah kerana undi kaum Cina.
MCA dan Gerakan nampaknya masih degil dan tidak lagi takut untuk menentang kehendak Umno kerana mereka faham bahawa undi kaum Cina telah lari kepada Pembangkang disebabkan kelemahan dan kerakusan pemimpin Umno sendiri. Umno cuba untuk menjadikan kaum Cina seperti kebanyakan kaum Melayu yang sanggup jadi burung belatuk kepada Umno.
Keluarga beliau dikatakan mendapat RM250 juta projek NFC?
Budaya cantas mencantas di dalam Umno semakin parah. Sebuah web portal pro Umno seolah-olah mengakui hakikat ini dan tertanya-tanya siapakah yang punya angkara yang suka mendedahkan tembelang rakan-rakan sendiri di dalam parti.
Serangan dalam UMNO semakin menjadi-jadi Written by Webmaster Wednesday, 16 November 2011
Seorang demi seorang kepimpinan UMNO yang dikatakan rapat dengan PM Najib akan menjadi mangsa serang hendap. Kenapa ini berlaku? Kenapa kepimpinan yang dikatakan rapat dengan PM Najib mula diselongkar keburukan mereka. Siapa punya kerja?
Apa pun nampak jelas bahawa dalaman UMNO masih bergolak sehingga UMNO dikatakan akan menghadapi laluan yang bergelombang sewaktu PRU 13 nanti. Namun siapa yang berada dalam UMNO berusaha habis-habisan untuk mengkritik seorang demi seorang kepimpinan yang dikatakan pro Najib - untuk mencalarkan imej mereka. Perbuatan siapa yang tidak habis-habis untuk mencatur kepimpinan UMNO. Sudah la tu...
Biapila
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.