IPOH 4 NOV - Keluarga mangsa tembakan, Khatir Oli Fakir Mohamad, 21, menghantar satu memorandum ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bagi menuntut siasatan lanjut selepas mangsa meninggal dunia 15 September lalu.
Dalam kejadian itu, Khatir Oli ditembak mati seorang anggota polis apabila didakwa cuba menyerang anggota terbabit dengan sebilah parang.
Dalam insiden yang sama, tiga lelaki lain juga ditahan ketika cuba menyamun sebuah kelab malam di Jalan Mustapha Al Bakri.
Anggota polis berusia 30-an yang terbabit mengalami kecederaan di muka dan badan kemuadiannya dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Laporan media mengatakan anggota polis itu menolong seorang wanita di kelab malam tersebut setelah mendengar jeritan meminta tolong.
Anggota polis itu mendapati wanita tersebut disamun empat lelaki masing-masing bersenjatakan parang.
Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang hadir pada majlis penyerahan memorandum berkenaan mahu hasil siasatan kes didedahkan kepada umum.
Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang hadir pada majlis penyerahan memorandum berkenaan mahu hasil siasatan kes didedahkan kepada umum.
Menurut beliau, siasatan ini bagi mengelakkan kes-kes seperti ini tidak berulang memandangkan sebelum ini terdapat beberapa kes yang melibatkan anggota polis melepaskan tembakan seperti yang berlaku dalam kes Aminulrasyid Amzah di Shah Alam.
"Kita simpati dengan keluarga Khatir Oli, khususnya isteri dan anak kecil supaya kita berkehendakan satu keadilan, kenapa dia ditembak. Cerita yang kita dengar dari saksi-saksi yang ada tidak seperti yang dibuat oleh ketua polis.
"Dalam akhbar ketua polis kata dia perompak dan penjenayah. Adakah ini betul? Kita mahukan satu siasatan yang betul dibuat dan didedahkan kepada rakyat, mengapa dia ditembak pada jarak dekat.
"Untuk itu baru kita dapat keadilan. Sekarang ini pertuduhan itu belum ada siasatan. Jadi kita mahukan siasatan menyeluruh dan dedahkan," katanya.
TVS News
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.