AGM Umno: Jangan singgung kaum lain semasa bahas, nasihat Najib
KUALA LUMPUR, Sementara ramai pemimpin kanan Umno melihat perhimpunan minggu depan sebagai sangat penting, Presidennya Datuk Seri Najib Razak mahu perwakilannya tidak menyinggung perasaan kaum lain semasa menyertai perbahasan.
Nasihat itu dilihat sebagai penting ketika Umno, parti teras Barisan Nasional (BN), bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, dijangka diadakan awal tahun depan.
“Menggunakan bahasa dengan waras dan sedar yang mereka bukan berucap hanya untuk 3,000 perwakilan yang berada di dalam dewan, tetapi juga 28 juta rakyat Malaysia yang juga meneliti ucapan mereka,” kata beliau (gambar) dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini sempena perhimpunan agung tahunan 2011 yang bermula Selasa ini.
Menjawab soalan mengenai harapan pada para perwakilan Umno pada perhimpunan kali ini, Najib yang juga Perdana Menteri memberitahu, yang paling penting ialah mereka mesti memperlihatkan imej pada pengundi luar bahawa Umno parti yang sanggup berubah dan tahu bagaimana menilai hati nurani rakyat, akan melakukan yang terbaik untuk rakyat.

“Sebab kita selalu menekankan Rakyat Didahulukan. Jika kita ingat kepada dua perkataan itu, Umno akan mendapat sokongan yang lebih menyeluruh lagi,” kata presiden ketujuh Umno ini.
Pandangan sebelum ini perwakilan-perwakilan Umno membahaskan isu dengan menyinggung kaum-kaum lain dan ia menjadi salah satu sebab kepada kekalahan teruk pada pilihan raya umum 2008.
Mengenai cabaran untuk mengangkat agenda Bumiputera dan bagaimanakah kaum Melayu menjadi lebih yakin kepada Umno, Pengerusi BN ini memberitahu, beliau yakin hakikatnya tidak ada alternatif berdaya maju kepada Umno sebenarnya dari segi kepentingan Melayu dan Bumiputera.
“Sebab, kita lihat pergantungan kepada orang lain tidak beri kita keyakinan bahawa mereka boleh dan mampu melaksana apa yang dituntut orang Melayu dan masyarakat,” kata beliau yang mengetuai Umno sejak Mac 2009.- TMI
Shalehudin

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.