Followers

Friday, November 25, 2011

Lelong Tamingsari Rm1 Bilion. . Hutang Kerajaan BN Perak Makin Besar Bajet Defisit Membuncit. -roketkini-

IPOH, 24 NOV – Hutang kerajaan negeri Barisan Nasional Perak amat mengejutkan kerana telah meningkat hampir RM1 bilion pada tahun ini. Secara khusus, hutang negeri tahun lalu yang berjumlah RM903.8 juta telah meningkat sebanyak RM72 juta dalam masa 12 bulan sahaja untuk menjadikannya RM975 juta pada masa ini.




Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming berkata, jumlah hutang itu lebih besar daripada segala program kerajaan seperti skim kredit mikro, bantuan rumah, bantuan barangan makanan, bantuan wang tunai musim perayaan, skim Tabaruk dan program kluster ekonomi keluarga.

“Semua program untuk rakyat hanya berjumlah RM19 juta sahaja,” katanya membahaskan Bajet 2012 bagi negeri Perak semalam.

Menurutnya, sikap berhutang dimulakan BN sejak sedekad lalu, apabila hutang negeri telah naik mendadak dari RM182 juta tahun 2000 kepada RM975 juta  tahun ini.

“Jumlah hutang ini adalah kenaikan sebanyak 535 peratus. Jikaada lagi pihak yang masih membisu atau memilih untuk berpura-pura, saya rasa mereka perlu insaf dan kembali ke pangkuan jalan."

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis berkata, kerajaan BN perlu menjelaskan tentang hutang RM72 juta yang dicipta dalam masa 12 bulan lalu.

Nga juga mempertikaikan defisit bajet RM50.14 juta dan kos perbelanjaan kerajaan RM915 juta kerana jumlahnya terlalu besar bagi Perak.

Menurutnya, keadaan itu tidak seimbang dengan laporan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, yang mencatatkan bahawa Perak kini mempunyai paling ramai bilangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Mengikut laporan itu, katanya, Perak kini mempunyai 192,000 keluarga yang mempunyai pendapatan rendah. “Jumlah tersebut adalah paling ramai di seluruh tanah air kita.

Ini jelas terbukti selepas 54 tahun di bawah BN, bukan sahaja BN gagal menerajui negeri kita menuju ke paras pendapatan yang bermaruah, sebaliknya ramai rakyat kita masih hidup melarat khususnya orang Melayu,” tambah beliau.

Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping menjelaskan bahawa pentadbiran Pakatan Rakyat Perak selama setahun sejak pilihan raya umum 2008 hingga rampasan kuasa oleh BN pada Februari 2009 adalah jauh lebih baik daripada salah urus dan salah keutamaan BN.

Menurutntya, Bajet BN Perak hanyalah pembaziran wang rakyat demi kroni UMNO-BN di samping bakal menjadikan anak negeri derita dengan hutang yang semakin meningkat.

“Ini adalah bajet defisit beri gula-gula, bajet pancing undi, bajet angkat hutang untuk memperdayakan rakyat. Ini bajet pilihan raya. Rakyat pada hari ini nampak semua ini. “Jadi ini juga bajet yang akan memenangkan Pakatan Rakyat” katanya. -roketkini-
----------------------------------------------------------------------------------------


KAH KAH KAH...

Oooiitt zambry..
Hang la nie menteri besaq ka..Hang la nie makan besaq..??
Takkan aritu bikmama mai naik bas tada apa2 kot.???
Takkan aritu hang ikut bikmama pi haji tada apa2 kot??
Bikmama sponsa hang ka.. hang sponsa bikmama???

KAH KAH KAH...

Rakyat perak perlu ingat berita nih...
Semua progam utk rakyat hanya rm19 juta..
Kos perbelanjaan kerajaan rm50 juta..Hutang negeri pulak tambah lagi rm72 juta..
Duit hasil negeri semua depa ..ngapp..Duit anak syarikat negeri pun....ngapp..

KAH KAH KAH..



Pru13 nanti rakyat perak perlu ramai2..
Ke kawasan setiap kubu BN di negeri perak..

Kawasan yg mana pakatan kuat..
Cukup sekadar grup utk pertahanan..

Anak2 perak yg sokong pakatan..
Balik kg utk tarbiyyah org2 tua kg..

Bawak bukti2 & dalil2 utk menentang umngok..
Pastikan BN kali nih rebah & parah di perak..




Kalo tak sanggup..
Cuba2 lah pegi jumpa sultan..
Mintak dia lelong keris tamingsari....
Ada brann??

KAH KAH KAH....



Nota Taming Sari :
Keris tamingsari pada hari ini masih wujud..
Ianya disimpan oleh sultan perak..
Keris ini memang benar wujud..

Bagaimana pun kisah kekebalannya..
hanya lah satu kiasan sahaja..
Pemakai keris ini hanya simboliknya..
kebal drpd undang2...

Kisah hang tuah hanyalah..
rekaan penglipur lara(kaki reka cerita temberang)

Kisah ini terus2an di ceritakan agar org melayu..
Terus setia pada bangsa melayu, umno & sultan..

Agar melayu terus2an menjadi pak kaduk..
Menang sorak kampung tergadai...
Macam negeri perak skrg nih hutang rm1bilion...

Tak caya?
carik balik perawi kisah nih..
dan buktikan rawi itu layak di terima sahih..




Sekian,

Selamat Sejahtera,
Asalamualaikum wbt.

-kandis-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.