Followers

Monday, November 7, 2011

Kita Doakan NAJIB dan Rosmah Mendapat HAJI MABRUR !

 
Bukti DSAI pernah menunaikan haj

Ini Bukti Anwar Ibrahim Pernah Menunaikan Haji

Di sebalik segala segala kontroversi yang mengiringi pemergian Najib dan rombongannya ke Mekah menunaikan rukun Islam ke 5, terselit juga sindiran kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tidak pernah menunaikan fardhu haji tapi sibuk mempersoalkan Najib pula. Sindiran ini semakin panas apabila secara kebetulan dalam waktu yang sama Najib ke Mekah, Datuk Seri Anwar mengadakan perbincangan sehari dengan Al-Gore, Mitch Kapor dan Jonathan Nash di London.

Dalam balasan twitter kepada seorang followernya, Datuk Seri Anwar telah menjelaskan bahawa beliau telah pun 2 kali menunaikan haji di Mekah.
Dalam ceramah dihadapan 200 orang penduduk Kampung Sri Jaya, Serom 8 Tangkak Johor 2 malam yang sudah, Datuk Seri Anwar sekali membuat mengulangi penegasan yang sama. Cuma menurut Datuk Seri Anwar, beliau bukanlah jenis orang yang suka membuat kecoh mengenai pemergiannya ke Mekah sebab itu tidak ada liputan media mengenainya dibandingkan dengan Najib yang meriah dengan publisiti dan lengkap dengan kawalan ketat oleh pasukan keselamatan Arab Saudi apabila tiba disana.

Walaupun Datuk Seri Anwar tidak suka mengembar gemburkan pemergiannya ke tanah suci, penulis berasa terpanggil untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa sememangnya Datuk Seri Anwar pernah menunaikan haji di Mekah bagi membetulkan salah tanggap sesetengah rakyat Malaysia terhadap beliau

Melalui sumber yang sahih dan boleh dipercayai, laman ini telah berjaya memperolehi sekeping gambar yang membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar sememangnya pernah menunaikan haji di Mekah. Sumber penulis bagaimanapun tidak pula menyatakan tarikh gambar ini diambil.

Tak mengapalah, yang penting kehadiran gambar ini sudah cukup membuktikan bahawa sememangnya Datuk Seri Anwar pernah menunaikan haji di Mekah. Harapannya isu ini tidak lagi menjadi isu dimusim haji akan datang.
 


Catetan ZAR
Alhamdulillah DS Anwar dah pergi haji tak heboh macam Haji Najib dan Hajjah Rosmah walau bagaimanapun kita berharap ketiga2 Pemimpin ini mendapat Haji Mabrur...InsyaAllah..
 
 

2 comments:

  1. Soheh!! gambo TULEN BANG!! Ha ha ha ha ha... Aku yakin, blogger UMNO gerenti terkedu sekejap tengok gambar ni... Pastu gelak berguling-guling...

    Gambo Anwar Pergi Haji

    ReplyDelete
  2. Anwar dah dua kali naik Haji... Najib baru sekali.. Tu pun nak kecoh...

    Haji Anwar Dua Kali Mengerjakan Haji. Najib Baru Sekali...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.