Pulau Pinang negeri berbasikal
Kerajaan Negeri menyasarkan lima tahun lagi untuk menjadikan negeri ini sebagai negeri berbasikal.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, sasaran itu diambil berikutan cadangan untuk membina rangkaian laluan basikal itu adalah untuk seluruh negeri termasuk di tanah besar.
Menurutnya, tempoh untuk membina rangkaian laluan di tanah besar mungkin lebih singkat.
“Projek melibatkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kerajaan Negeri ini masih dalam peringkat perbincangan.
“Kita mengharapkan sokongan daripada pelbagai pihak terutama rakyat Pulau Pinang untuk merealisasikan cadangan ini,” katanya kepada media di pejabatnya, semalam.
Guan Eng berkata, orang ramai boleh melayari laman web MPPP untuk memberi maklum balas berhubung cadangan rangkaian laluan itu.
“Kita memerlukan sokongan bagi menjayakan projek ini. Jika berjaya, mungkin kita yang pertama melakukannya (negeri berbasikal),” katanya.
Cadangan rangkaian laluan basikal sepanjang kira-kira 160 kilometer (km) merangkumi tiga kategori iaitu kategori di pesisiran pantai timur pulau dari Batu Maung ke Pangkalan Weld iaitu sepanjang 16.93 km.
Selain itu, ia juga merangkumi kategori tepi pantai utara dari Persisiran Gurney ke Tanjung Pinang dengan jarak 4.36 km manakala lorong basikal di jalan mengelilingi pulau berjarak 50.62 km.
Lorong basikal di jalan-jalan radial menuju ke pusat bandar dan pantai timur pula berjarak 45.45 km sementara lorong basikal di jalan-jalan lingkaran dan penghubung berjarak 21.9 km dan di zon warisan pula berjarak 7.81 km.
Lantak Hangpa

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.