Semua orang tahu NFC, syarikat Fidlot yang mendapat 'durian runtuh' dari kerajaan menternak lembu dipunyai oleh keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil. Malah Shahrizat sendiri mengaku memang keluarga beliau yang menjadi tuan punya NFC.
Dengan penuh yakin, Shahrizat menjawab bahawa syarikat keluarganya berhak mendapat bantuan tersebut kerana mereka bekerja kuat.
Kita ingin bertanya kepada Shahrizat adakah syarikat itu layak mendapat bantuan ratusan juta itu kalau tuan punya syarikat itu hanya orang biasa, bukan seorang menteri dan Ketua Wanita Umno.
Rakyat yakin bahawa jika seseorang itu tidak kaitan dengan Menteri dan Ketua Wanita Umno sudah tentu mereka tidak akan dapat satu sen pun bantuan dari kerajaan walaupun mereka mempunyai pengalaman dan keupayaan memelihara lembu.
Maka tentulah pengurniaan projek dan dana ini adalah berdasarkan kroni. Jadi apa tindakan kerajaan pusat dalam hal ini.
Bagi saya jika Shahrizat seorang yang bermaruah dan tahu malu sudah tentu beliau meletakkan jawatan serta merta, bukannya terus memegang amanah besar sebagai menteri.
Setiausaha Jingga 13, sebuiah NGO, Sharifuddin Shafi Muhammad pula mendesak Shahrizat meletakkan jawatan kerana penglibatan keluarganya didakwa "mendatangkan prasangka yang berlarutan".
Malah, katanya, "pendedahan lengkap" beberapa pemimpin PKR gagal dijawab dengan fakta oleh menteri yang didakwa bersikap berdolak dalik.
"Jingga 13 juga benar-benar amat hairan sehingga kini seluruh ahli Wanita Umno terus membisu dengan skandal NFC yang melibatkan ketuanya," katanya.
Mutaligat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.