BILALAH MAHADZIR NI NAK SEDAR, DAH TUA DAH !
Apa yang menyebabkan Mahadzir mengulangi ajakan melayu supaya bersatu ? Jika nak ambil sebab dan musabab seruan Mahadzir ini maka jelaslah UMNO dah dalam keadaan tenat, kepada melayu yang berada diluar UMNO sudah tentu mereka tidak mahu bersatu dengan UMNO, kerana UMNO membawa dasar kebangsaan yang melayu PAS tak mungkin terima sebab takut masuk Neraka, melainkan diantara mereka yang tak tahu akida, sementara PKR juga tak mungkin akan menyertai UMNO melainkan bau UMNO masih lekat kat badan mereka selain mencari keduniaan semata-mata
Ajakan Mahadzir supaya melayu bersatu buat masa ini tentunya tidak kena, sebab kebanyakan pimpinan didalam UMNO sudah merosakkan UMNO dengan gejala rasuah yang amat parah, ertinya anggota UMNO sudah terlalu banyak menipu dan membuat tahi didalam parti tersebut sementara orang melayu khasnya dan orang buka melayu 'amnya sudah maklum, sehingga sekarang anggota parti UMNO sendiri tidak mahu bersatu, sereka berpecah belah dan dendan mendendam sesama sendiri, jadi seruan Mahadzir adalah sesuatu yang membuang masa sahaja
Sekarang ini sudah begitu banyak isu penyelewengan yang telah dilakukan oleh menteri-menteri UMNO juga ahli-ahlinya, hal ini orang UMNO sendiri telah maklum, jadi untuk apa orang melayu bersatu terutama bersatu didalam UMNO ? Dr Mahadzir sendiri fahan bagaimana kedudukan UMNO dan pucuk pimpinannya buat masa muta akhir ini, jadi berdasarkan kesedaran apa Dr Mahadzir membuat seruan ini, buat kering tekak dan air liur saja, sementara rakyat terus menyampah dengan UMNO
Pada hemat Pak Karamu, kebimbangan Mahadzir ini memanglah ada asas dan kenyataannya dan dia ada alasan membuat kenyataan yang sedemikian, sebab itu mereka yang veteran didalam UMNO yang dianggap bapa telah membuat perjumpaan baru-baru ini yang mahukan Najib supaya jangan berada di dalam Negara sekurang-kurangnya sehingga menjelang PRU 13, alasannya untuk mengurangkan ketegangan dikalangan rakyat atas dasar isu yang telah banyak terburai yang sedang dinilai oleh rakyat dan orang UMNO sendiri, dengar khabar Najib dan isteri akan berehat cuti pada sepanjang December tahun ini
Mengikut pandang agama, orang PAS takut nak bersatu dengan UMNO atas alasan bersubahat dan nabi tak mahu akui sebagai umatnya, sebagaimana hadis Rasullullah s.a.w
لَيْسَ مَِنّا مَنْ دَعَا اِلَى عَصَبِيةٍ ، وَلَيْسَ مَِنّا مَنْ قَا تَلَ عَلَى عَصَبَِيّةٍ ، وَلَيْسَ مَِنّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ
َ
Maksudnya: Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru kejalan asobiyah (kebangsaan) Bukan dari kalangan kita mereka yang menyeru Kebangsaan, dan bukan dari kalangan kita mereka yang mati diatas dasar kebangsaan
(HR Muslim dari Abu Daud)
Berdasarkan hadis diatas maka orang melayu yang berada didalam PAS tak mungkin bersatu atas dasar parti UMNO, lagipun dasar semangat bangsa adalah suatu dasar yang amat zalim, jadi jika Dr Mahadzir mahukan orang melayu bersatu maka bersatulah didalam PAS sebab PAS berjuang atas dasar agama yang berpandukan Al Quran, Hadis, Ijma Ulama dan qias
Hadis diatas orang UMNO perlu fikirkan masak-masak, mereka boleh berfikir apa sudahnya perjuangan mereka jika nabi tidak akui sebagai umatnya sedangkan kita yang beragama islam inipun adalah atas dasar agama islam yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad s.a.w, jadi ikutilah nasihat nabi, tak guna kita terus beribadat dan melakukan segala perintah Allah sedangkan nabi tidak mengiktiraf kita sebagai umatnya.
PakKaramu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.