PADA 5 Feb lalu kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion bagi membina enam buah kapal peronda generasi kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, TLDM [Utusan].
Gambar kapal peronda yang dimaksudkan boleh dilihat dalam laporan Utusan. Di bawah ini screenshot laporan berita berkenaan. Ini bermakna sebuah kapal peronda TLDM berharga RM1 bilion (RM1000 juta).
Tiga hari lepas pula, kerajaan Filipina seperti yang dilaporkan oleh portal berita berpengaruh negara tersebut, Philstar telah menerima kapal peronda besar kedua yang dibeli dari Amerika untuk kegunaan tentera laut negara itu [Philstar].
Namun begitu harga kapal peronda yang dibeli oleh Filipina ini cuma 450 juta peso (RM32.7 juta) sebiji.
Di bawah ini gambar Kapal Peronda bersaiz besar yang dibeli oleh Filipina dengan harga cuma RM32.7 juta.
Dengan duit peruntukan sebanyak RM6 bilion (RM6000 juta), kalau bagi kepada Filipina mereka boleh beli 183 biji kapal peronda bersaiz besar seperti ini.
Fakta ini membuktikan bahawa kerajaan Malaysia yang diperintah oleh United Malays No Otak memang sangat bijak menguruskan ekonomi seperti yang dicanangkan oleh mereka!
Sudah tentulah kapal peronda Malaysia lebih canggih dari Filipina. Kapal peronda Filipina hanya boleh melakukan rondaan di atas permukaan air, Malaysia pula boleh ronda di udara (agaknyalah).
ReJaM© "Bijak uruskan ekonomi cukong (kroni)"
Ini yg dinamakan ketirisan yang semakin menjadi-jadi. Apa sebenarnya yg diaorg buat, takkan takde buat kajian utk dptkan pasaran harga sblm membeli. Klu skali dua ok la tp ni asyik kuar hal yg hampir sama dan takkan dua tiga hari harga besi buruk pun naik juga. Kaji la dulu market jgn syok membeli tanpa membuat kajian harga pasaran dan kata org kita tak tau masalah pasaran turun naik dunia. Kita yg tak tau ke depa2 u yg tak tau?????
ReplyDelete1. Saudara, di sini saya ingin membetulkan fakta yang dibangkitkan baru-baru ini (pertikaian pembelian 6 buah kapal peronda generasi kedua -SGPV). Kapal PV yang hendak dibeli banyak bezanya dengan kapal PV yang dibeli oleh Philippine Navy.Boleh diibaratkan macam langit dengan bumi.Ataupun macam Datsun 120y model 1960 dengan Peugot 308 Turbo tahun 2011.
ReplyDelete2. Untuk makluman saudara, kapal yang diperolehi oleh Philippine Navy adalah "second hand" dan telah digunakan oleh US Coast Guard sejak 1967 (44 tahun).Ianya tidak ada sistem persenjataan yang boleh membantu mengesan musuh.Walhal kapal SGPV dilengkapi dengan sistem persenjataan yang lebih canggih sesuai dengan peperangan 3 dimensi sekarang ini.
3. Apa gunanya banyak kapal tetapi tidak efficient yang hanya bergantung dengan "two mark eye ball".Saudara, sekarang ni zaman moden, zaman yang penuh dengan peralatan yang berteknologi tinggi.Takkanlah nak guna teropong untuk kesan musuh...pikir2 dan renungkanlah....