Followers

Tuesday, November 22, 2011

Apabila sekolah diberi kuasa menentukan bahasa… - Oleh Lanh

      
http://www.ibnjuferi.org/wp-content/uploads/ppsmi-070320091318.jpg ISU Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) saya ikuti penuh minat sejak sebelum PM keempat Tun Dr Mahathir Mohamad memaksakannya di sekolahsekolah mulai 2003.

Sebelum pelaksanaannya, pelbagai pihak sudah melaung, menjerit, menentang pelaksanaannya termasuk mengemukan kajian Unesco yang membuktikan pembelajaran subjek ini dengan menggunakan bahasa ibunda (mother’s tongue) adalah yang terbaik tetapi Mahathir tidak mengendahkannya; pemimpin Umno-BN, media massa kawalannya semuanya kaki ampu, menyatakan sokongan, kononnya inilah yang terbaik untuk generasi masa depan dan negara.


Masa berlalu, dengan bantahan kuat rakyat termasuk perhimpunan besar-besaran anjuran Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) pada Mac 2009, kerajaan melalui Timbalan TPM merangkap Menteri Pelajaran, 
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan PPSMI dan digantikan dengan program Memartabatkan bahasa Melayu dan Memperkukuh bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai 2012.

Antara alasan pemansuhan PPSMI kerana hanya kira-kira lima peratus saja daripada sekolah yang melaksanakan program ini sepenuhnya manakala yang lain bercampuraduk antara bahasa Inggeris dan Melayu manakala prestasi subjek Sains dan Matematik semakin merosot manakala tiada pula peningkatan keupayaan pelajar dalam bahasa Inggeris.

Dalam bahasa ringkas dan kasar, projek Mahathir dan Menteri Pelajaran Hishammuddin Hussein yang menelan kos berbilion-bilion ringgit dan ‘menyakit-jiwakan’ ribuan warga pendidik telah GAGAL (kalau tak buat apa dimansuhkan PPSMI).

Kini muncul Muhyiddin mahu membaiki keadaan, usah bagai tikus membaiki labu sudahlah.

Apabila Muhyiddin muncul dalam slot Soal Jawab TV3 yang dihoskan oleh tokoh media, Dato’ Ahmad A Talib baru-baru ini yang saya ikuti penuh minat, antara lain beliau berkata sekolah diberi kebebasan untuk menentukan bahasa apa yang akan digunakan untuk pembelajaran subjek Sains dan Matematik sehinggalah dasar PPSMI berakhir keseluruhannya pada tahun 2021.

Beliau juga berkata bagi murid yang bakal memasuki tingkatan satu tahun depan, mulai awal bulan depan (Disember) bolehlah ke sekolah dengan ibu bapa masing-masing bagi mengetahui bakal sekolah menengah yang menawarkan pengajian bahasa mengikut kesesuaian mereka (sama ada bahasa Melayu atau Inggeris).

Tindakan Muhyiddin membenarkan sekolah menentukan penggunaan bahasa, begitu mengejutkan saya kerana jika dalam soal dasar seperti bahasa pun pihaknya tidak boleh membuat keputusan tegas, dikhuatiri akan berlaku keributan nanti.

Siapa sebenarnya yang akan membuat keputusan mengenai bahasa ini (atau mahu belajar dalam bahasa apa); pengetua (guru besar), guru-guru, ibu bapa, PIBG atau murid-murid sendiri? Sejumlah PIBG baru saja mengatur pertemuan bagi membincangkan perkara ini sedangkan Muhyiddin sudah menyuruh ibu bapa dan pelajar ke sekolah awal Disember bagi mengetahui sekolah mana pilihan mereka.

Sesungguhnya ketidaktegasan dalam soal pokok atau dasar (seperti bahasa) ini, jika betul untuk memenangi hati semua pihak (penentang dan kumpulan pro PPSMI) bagi mendapatkan sokongan demi survival politik adalah sangat bahaya; saya bimbang ia akan menjerumuskan bangsa dan negara ke jurang kehancuran.

Amat-amatilah kata-kata hikmat cendekiawan James Freeman Clarke ini: “A politician thinks of the next election. A statesman, of the next generation”. (Seorang politikus hanya memikirkan untuk menang pilihan raya berikutnya, seorang negarawan memikirkan generasi masa depannya).
             
Detikdaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.