Followers

Saturday, November 5, 2011

APA BEZA AMBIGA DENGAN ANAK TUN MAHATHIR ?


GEGAK gempita pemimpin-pemimpin Umno dan beberapa NGO pro Umno menentang program Seksualiti Merdeka malahan gempitanya mereka mengalahkan PAS, sebuah Parti Islam tunggal di negara ini. Semuanya adalah kerana S.Ambiga, bukannya kerana moral jauh sekali Umno memperjuangkan akidah umat Islam.

Buktinya apa? Buktinya program ini telah wujud lama di dalam negara di bawah Kerajaan Bn yang tunjangnya adalah Umno. Program seumpama ini telah wujud sejak tahun 2008, tetapi ketika itu rakyat tidak bantah seperti sekarang, dan waktu itu S.Ambiga bukan musuh Umno. 
 
S.Ambiga menjadi musuh utama Umno apabila wanita ini berjaya memimpin BERSIH 2.0 sehinggakan SPR terpaksa mengaku sikit demi sedikit kecurangan mereka. Maka, kali ini Umno mendapat peluang untuk menghentam S.Ambiga dengan menggunakan isu Seksualiti Merdeka yang dahulunya mereka `halalkan'.

Tujuan Umno adalah untuk memerangkap PAS terutamanya yang menyokong S.Ambiga di dalam BERSIH 2.0. Namun, Pemimpin PAS bukan bodoh dan menjadi Pak Turut seperti Umno. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tegas membantah program Seksualiti Merdeka, begitu juga dengan Dewan Pemuda PAS. 
 
Tuan Guru Nik Aziz menyebut, PAS menyokong BERSIH bukan kerana S.Ambiga atau individu tertentu, tetapi adalah kerana berjuang untuk membersihkan sistem pilihanraya di negara ini adalah menjadi satu kewajipan. Begitu juga PAS menentang program Seksualiti Merdeka ini pun bukan kerana S.Ambiga atau sesiapa sekalipun, tetapi kerana program ini bertentangan dengan hukum Islam dan normal kemasyarakatan.

Berbeza dengan Umno, sewaktu program ini wujud pada tahun 2008 mereka tidak peka sedikitpun sehinggalah pada tahun ini apabila S.Ambiga muncul. Ini bukti jelas menunjukkan Umno tidak pernah ikhlas untuk menentang kemungkaran tetapi sebaliknya akan mempergunakan sesuatu isu hanya untuk memberi nyawa kepada Umno.

Mereka mempersoalkan mengapa DS Anwar tidak komen di dalam isu Seksualiti Merdeka ini? Sebelum kita jawab persoalan itu, kita mahu tanya Umno apakah kesannya jika DS Anwar sokong atau tidak program Seksualiti Merdeka itu? Katakan lah DS Anwar sokong S.Ambiga di dalam program Seksualiti Merdeka, ini suatu kemenangan maha besar buat Umno untuk mendakwa DS Anwar anti Islam atau menyokong kemungkaran. 
 
Katakan pula DS Anwar tidak menyokong program tersebut, Umno rasa mereka mungkin berjaya memisahkan DS Anwar atau PKR dari S.Ambiga iaitu tokoh wanita yang telah memalukan Najib di dalam BERSIH 2.0 dahulu.

Ertinya, Umno mahu DS Anwar terperangkap di dalam isu ini. Namun, akhirnya mereka sendiri terperangkap apabila rakyat sedar bahawa program ini telah lama wujud di dalam pemerintahan Umno/Bn. Baca di sini. DS Anwar sememangnya dikenali sebagai tokoh Islamik sewaktu di dalam ABIM lagi sehinggalah berjaya sedikit sebanyak menyerlahkan wajah Islam pada parti Umno sewaktu beliau berada di dalam kerajaan. Amat tidak masuk akal jika DS Anwar bersetuju dengan program Seksualiti Merdeka.

Nah, sekarang lihat sendiri tanpa komen apa-apa pun dari DS Anwar, pihak Polis sendiri telah pun mengharamkan program tersebut. Saya puji langkah pihak Polis ini walaupun terpaksa menanti lama untuk melihat respon masyarakat. Sekali lagi ingin ditegaskan, jika S.Ambiga masih berkeras mahu mengadakan program sesat berkenaan, kami yang pernah bersama BERSIH 2.0 tidak akan menyokong beliau.

Apa yang penting di dalam isu ini adalah rakyat perlu tahu siapa yang paling berkuasa untuk mencegah sesuatu kemungkaran di dalam negara ini. Umno selaku tunjang Kerajaan Bn pada masa ini sewajarnya mencegah kemungkaran yang berlaku bukan sahaja atas isu program Seksualiti Merdeka, bahkan banyak lagi kemungkaran seperti Pusat Judi terbesar yang masih tersergam di negara ini. Adakah perlu menunggu S.Ambiga menjadi tokeh judi dahulu baru Umno mahu bercakap pasal judi?

Saya menentang S.Ambiga di dalam isu program Seksualiti Merdeka, begitu juga sepatutnya kita paling kuat menentang anak Tun Mahathir yang telah pun memiliki Kilang Arak terbesar di Filipina. Apa beza S.Ambiga dengan anak Tun? Orang-orang Umno buta mata kepada anak Tun, tetapi terbeliak mata dengan S.Ambiga. Percayalah, Umno tidak pernah ikhlas untuk memperjuangkan Islam kecuali melantik tokeh judi menjadi Senator. Tentu Datuk Nalla bersetuju dengan apa yang saya perkatakan ini./wfauzdin.blogspot.com

Seksualiti Merdeka (SM) adalah kumpulan memperjuangkan kebebasan seksualiti (homo) di Malaysia..'Seksualiti' merujuk kepada sifat atau tabii seks manusia, sementara 'merdeka' adalah nama sempena Hari Kemerdekaan Malaysia(31 Ogos) yg merujuk kepada 'kebebasan' (hak asasi)..

Festival yg berunsurkan hak kebebasan seksualiti (Sexuality Rights Festival) rakyat Malaysia ini diadakan setiap tahun, yang berpusat di Kuala Lumpur..kalau diluar, SM ini berbentuk seperti 'Gay Parade' di negara2 barat..

(Logo Seksualiti Merdeka (SM)..apa yg anda boleh 'baca' dari logo ini?..kebebasan 'mutlak' dan pergaulan tanpa mengira jantina dan seksual..)

Antara aktiviti/program SM ini adalah melalui perundingan, forum, bengkel, seni, teater, muzik, konsert, yang diadakan bersama antara NGO dan individu...

Memetik satu kenyataan dari sebuah laman web, 'arterimalaysia.com' membicarakan tentang SM ini, menurutnya:
 
"The first year we had about 400-500 people. The second about 800-1000 people. Some of the activities we had done at past Seksualiti Merdeka fests include workshops on legal rights, forum on violence against transgender, talks on history of the sodomy law, debate on moral policing, lecture on history of alternative sexuality in the region, launch of Malaysia’s first queer anthology, sexuality rights training, storytelling, theatre and concerts.."
(Antara aktiviti2 'ilmiah' Seksualiti Merdeka yang mendapat sokongan penuh anak pemimpin negara..)

Perjuangan Seksualiti untuk golongan 'LGBT'

Melihat kepada 'pengenalan' tentang gerakan/kumpulan ini di dalam laman web rasminya, http://www.seksualitimerdeka.org, Seksualiti Merdeka adalah bermatlamatkan:

"Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya."

Anda boleh baca seterusnya di laman web tersebut...dan jangan terkejut, video HOT yang anda menggemparkan negara baru-baru ini, berkaitan rakaman seorang Melayu-Muslim yang mengaku dan berbangga dirinya GAY adalah sebahagian daripada 'projek' kumpulan Seksualiti Merdeka!
Seperti apa yg tercatat pada 'status' video youtube di atas,

"Seksualiti Merdeka launches short videos featuring Malaysians telling young lesbians, gays, bisexuals and trangenders around the country not to despair: yes, it gets better. And it is possible to live honest, proud, fulfilling lives in Malaysia in spite of the situation."

Ya, perjuangan SM adalah untuk mengembalikan sokongan dan keyakinan kepada golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) ini dikalangan masyarakat Malaysia..
(Marina Mahathir sewaktu melancarkan Seksualiti Merdeka tahun 2009..sumber...)

Siapa sebalik tabir Seksualiti Merdeka?

Dari penjelasan di atas, maka ternyata SM ini adalah salah satu kumpulan/festival 'haram' yang memperjuangkan hak asasi 'kaum' homoseksual iaitu lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) atas nama kebebasan dikalangan anak-anak muda di Malaysia..

Apa yang mengejutkan kini ialah, rupanya disebalik gerakan haram ini, terdapat tokoh Melayu-Islam yang tegar menyokong aktiviti ini, dan individu tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah anak tokoh pimpinan negara, Marina Tun Mahathir...

Bukti beliau terbabit dengan acara dan festival ala barat ini boleh dirujuk pada laman web rasminya di SINI..
Penutup..

Jika kita selama ini mengenali ayahnya (Tun Mahathir) sebagai seorang yang anti-gay (kerana memecat Anwar Ibarahim yg kononnya disabitkan dgn aktiviti songsang ini), maka jangan terkejut, jika anaknya sendiri (Marina Mahathir) adalah seorang penyokong kuat amalan homoseksual termasuk amalan gay..(apa reaksi penyokong fanatik Umno/Mahathir?)..

Untuk yg terakhirnya, jika entry ini tidak cukup menjelaskan kepada kita bahawa anak Tun Mahathir ini penyokong amalan homoseksual di Malaysia, artikel penulis terdahulu mungkin mampu membantu kita mengenali secara jelas kita siapakah sebenarnya Marina Mahathir ini..

Anda boleh saksikan artikel penulis pada tajuk "[Kemaskini] GEMPAR: Marina Mahathir sokong amalan Homoseksual!! (18SX)"...fikir2kan..wallahua'lam.. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.