Followers

Thursday, October 13, 2011

Waran Tangkap Untuk Bob Lokman ??


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Bob Lokman seandainya masih berdegil enggan hadir memberi keterangan.

Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, selebriti yang nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya.

“Sepatutnya pagi tadi (semalam), dia hadir ke Ibu Pejabat Jais, tetapi dia gagal berbuat demikian.

“Dia (Bob Lokman) berdegil datang, Jais akan memohon waran tangkap,” katanya ketika dihubungi mengulas kes Bob Lokman mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Isnin lalu.

Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut: “Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.” Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. -HM
Ulasan ZAR: 

Beruk ni pun tahu MALU dengan tindakan JAIS yang akan MENGELUARKAN "WARAN TANGKAP" terhadap Bob Lokman... adakah dia menayang Video Lucah? Merogol Gadis Bawah Umur? Meraba dan menepok punggong wanita? Atau ditangkap dalam bilik Hotel di Port Dickson...?  

Tidak....Bob Lokman...hanya memberi TAZKIRAH... salah ker? JAIS itu apa ? Jabatan apa? tolong terangkan sikit... PENCACAI DAN TUKANG ANGKAT NAJIS PEMIMPIN2 UMNO KAH ?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.