Followers

Thursday, October 13, 2011

Ust Ismail Kamus, Ust Haron Din Dalam KEUZURAN

 
Ust Ismail Kamus (kiri) bersama Tn Guru Haron Din dalam 
majlis hari raya tahun lepas.

Ada dua tokoh agama dan politik yang sedang uzur sekarang ini. Pertama ialah Tn Guru Dato' Dr. Haron Din yang telah mengalami masalah jantung. Beliau mengalami masalah jantung sejak 30 Julai yang lalu dan telah selamat menjalani rawatan jantung di Stanford Hospital, San Francisco. Berdasarkan maklumat terakhir, keadaan Tuan Guru bertambah sihat dan telah kembali ke Malaysia pada 27 September yang lalu.

Tokoh yang kedua ialah Tn Guru Ust Ismail Kamus. Namun begitu berkat doa ramai sahabat, anak-anak danmurid, keadaan terkini Ust Ismail Kamus semakin beransur ansur pulih. Penglihatannya juga semakin jelas dan berat badan semakin bertambah berbanding bulan-bulan lepas. Jika diizinkan Allah, Ust Ismail Kamus akan hadir pada Diskusi Hudud di Masjid Amaniah, Batu Caves bersama panel Ust Solihin Mohyi pada 15 Oktober ini.


Tuan Guru Nik Aziz (kanan sekali) bersama-sama Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri Najib Tun Razak (membelakangkan kamera) sebaik saja selesai Mesyuarat Majlis Raja-raja sebentar tadi.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang masih berada di Kuala Lumpur untuk mengiringi KDYMM Sultan Muhammad V ke Mesyuarat Majlis Raja-raja dijangka akan menziarahi Ust Ismail Kamus hari ini.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar kedua-dua tokoh ini sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera, dan sentiasa di dalam rahmatnya demi meneruskan perjuangan menegakkan ad-din di bumi Malaysia ini. AMIN.


sumber: Pulakdah.com 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.