Followers

Monday, October 17, 2011

TERKINI!! Liwat Fasa 2: Pendakwaraya Cabar Bukti Sakit Tulang Belakang Anwar Ibrahim, Bukti Makin Terdesak ?

TERKINI!! Liwat Fasa 2: Pendakwaraya Cabar Bukti Sakit Tulang Belakang Anwar Ibrahim, Bukti Makin Terdesak
 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bersidang pagi tadi melibatkan kes liwat berunsur fitnah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memutuskan bahawa pihak pendakwaraya dibenarkan memanggil empat orang saksi bagi mencabar kesahihan penyakit tulang belakang yang dialami Anwar sejak terjatuh dari kuda hinggalah dipukul dan diterajang oleh bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor dalam lokap pada 1998.

Pendakwaraya II Kanan Yusof Zainal Abiden memohon mahkamah agar membenarkan pendakwaraya memanggil empat saksi dan dibenarkan oleh hakim Zabidin Mohd Diah.

Pakar tulang belakang Dr Thomas Hoogland dari Belanda yang merawat Anwar di Klinik Alpha, Munich, Jerman pada 2004 sebelum itu memberitahu mahkamah bahawa adalah sangat mustahil Anwar mampu melakukan hubungan seks normal apatah lagi luar tabii berdasarkan laporan perubatan dan laporan rawatan susulan yang dibuat Anwar dari 2004 hingga 2010.

Begitupun, dengan kebenaran yang diperolehi pasukan pendakwaan ini bermakna mereka akan cuba membuktikan bahawa Anwar mampu melakukannya di sebalik keterangan pakar tulang yang diiktiraf di seluruh dunia.

Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu bahawa pendakwaraya akan cuba memutar belit fakta perubatan yang bakal mereka rujuk daripada laporan perubatan yang diserahkan kepada mahkamah sebelumnya.

Walaupun dibantah, Zabidin tetap membenarkan pendakwaraya memanggil saksi mereka dengan alasan mahu mencabar keputusan laporan perubatan tulang belakang Anwar yang kununnya meragukan.

Pendakwaraya juga tidak perlu membantah keputusan pasukan peguambela Anwar yang tidak memanggil seorang lagi bekas ketua polis negara, Musah Hassan dan bekas ketua polis Melaka, Rodwan Mohd Yusof.

Dengan keputusan ini, pasukan pendakwaraya dilihat semakin terdesak mahu membuktikan Anwar adalah normal walhal sebenarnya kesakitan tulang belakangnya masih terasa hingga sekarang.

Perbicaraan ditangguhkan jam 11:18 pagi dan akan bersambung jam 9 pagi esok.

JALAN PULANG

Sankara Nair, one of Anwar’s lawyers told The Malaysian Insider that today's trial would begin with the prosecution making the application to bring in the new witnesses, after the defence decides to not call former Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan and former Malacca police chief Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

“We may raise an objection to the rebuttal witnesses. As of right now we have no clue as to who they will be calling, and the prosecution has not provided us a list of names of the (new) witnesses.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.