Sebentar tadi, berita yang dipetik daripada The Malaysian Insider versi Bahasa Inggeris menyatakan bahawa Polis Selangor telah pun meluluskan permit perhimpunan "Himpunan Sejuta Umat" (HIMPUN) di Shah Alam, Sabtu ini.
Ketua polis negeri Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan perkara itu.
Ini dibuktikan dengan betapa pantasnya proses kebenaran permit diperolehi berbanding BERSIH 2.0 yang langsung tidak mendapat permit walaupun telah berjumpa dengan Ketua Polis Negara sendiri Ismail Omar serta menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 5 Julai lalu.
Ini sekaligus menguatkan dakwaan ahli parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa petang tadi bahawa HIMPUN didalangi NGO berbau Umno-APCO termasuk Perkasa yang bakal hadir walaupun tidak diberi peluang untuk berucap.
Difahamkan, penganjurnya adalah Ezam Senatak dan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.
Antara penceramah yang akan turut bersama adalah Mufti Perak yang sangat kontroversi, Harussani Zakaria dan beberapa orang pemimpin pro-Umno-APCO.
Walau bagaimanapun, polis tetap akan mengawal perhimpunan tersebut yang dijadualkan bermula jam 2 petang bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
JALAN PULANG
Selangor police chief Datuk Tun Hisan Tun Hamzah said police have issued a permit to the organisers of the gathering of Muslim groups called “Himpunan Sejuta Umat” at Shah Alam Stadium this Saturday, as they are confident it will proceed peacefully and abide by the conditions set in the permit.
“We have studied the programme which will include poetry recital, nasyid (singing of religious songs) and talks. We have also not received any negative report on the planned gathering,” he said after closing a course on crime-prevention at factories in Selangor today.
Tun Hisan said the permit was for the gathering to be held from 2pm to 6pm and it would not involve any procession, adding that police would still be prepared for any eventuality.
Ada sesuatu tidak kena dengan Himpun
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.
Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam.
Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.
“Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily.
Beliau menggariskan lima alasan untuk berasa khuatir dalam konteks hubungan antara agama di negara ini.
Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini.
Di samping itu, ujarnya perhimpunan itu dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama.
“Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.
Selain itu, tambahnya dikhuatiri nama baik Islam tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain.
Baginya, tema memelihara aqidah tidak salah tetapi mempersoalkan apakah dengan sekadar perhimpunan akan menyelesaikan masalah.
Bukankah, katanya dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain.
“Dan akhirnya saya merakamkan rasa kesal saya terhadap pihak polis yang double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang Bersih untuk berhimpun dalam bilangan peserta yang lebih kecil.
“Jelas ia satu sikap yang di bawah telunjuk pihak tertentu,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.