Pelakon filem “Aku Masih Dara”, Diana Amir mengakui tawaran berlakon semakin berkurangan selepas dia membuat keputusan untuk “berhijrah” dengan memakai tudung. Diana berkata, dia memandang positif mengenai perkara itu dan menganggap ia sebagai satu ujian yang diterimanya daripada Allah.
Katanya lagi, walaupun tidak mempunyai tawaran berlakon dia menggunakan masa terluang yang ada dengan mendalami ilmu agama.
"Buat masa ini saya tidak mempunyai sebarang tawaran berlakon tetapi saya mengambil ia sebagai ujian selepas penghijrahan saya.
"Saya kini lebih banyak meluangkan masa untuk menghadiri kelas agama dan saya semakin berasa seronok dan tenang,"[hikmah!!] ujarnya.
Diana berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sidang media Festival Filem Malaysia (FFM24) di sini, Rabu. -mStar
Kepada Diana Amir, Allah tak akan menutup pintu rezeki kita kerana kita penghijrahan diri ke arah yang lebih baik. Rezeki memang ada, ia terhenti sementara dan hikmahnya Diana mempunyai lebih banyak masa mendalami agama.
Insyaallah Diana memdapatkan rezeki yang lebih baik selepas ini, mudah-mudahannya!!
ek.ele
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.