Pemuda PAS berkata, jika mereka silap dalam membuat pendedahan baru-baru ini mengenai pelbagai penyelewengan dalam daftar pemilih, tentunya mereka telah disaman atau diheret ke mahkamah.
Sebaliknya, kerajaan telah beralih ke dalam "sindrom penafian", kata
Ketua Dewan Pemuda PAS (DPPM), Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan hari ini.
"Sehingga kini Dewan Pemuda PAS belum disaman atau diheret ke mahkamah berkait semua pendedahan yang dibuat.
"Sebaliknya pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) hanya memberi jawapan melalui media dengan menafikan dakwaan Dewan Pemuda PAS Malaysia," katanya.
Katanya, sebelum ini SPR berulang kali menafikan dakwaan DPPM bahawa wujudnya nama pemilih yang bertindih, pemilih yang tidak dikenal pasti dan pelbagai lagi kekeliruan seperti mempunyai identity card yang hampir sama dalam keadaan yang sangat meragukan.
"Tetapi beberapa hari selepas penafian dilakukan, 50,000 nama dikeluarkan dari senarai pemilih, sedangkan sebelum ini kejadian seperti ini tidak pernah dilakukan, sebaliknya nama pemilih hanya dikeluarkan apabila ianya dibantah dengan bayaran dan bantahan itu diterima," tambahnya.
Menurut Nasrudin, apabila Dewan Pemuda PAS membuat sesuatu kenyataan ataupun pendedahan, semaksimum mungkin kenyataan dan pendedahan tersebut akan dinilai agar tidak terjebak dalam fitnah ataupun penyebaran berita palsu, malah ia terlebih dahulu dianjur berlandaskan fakta, bukti dan nas.
"Begitulah disiplin yang terpaksa dilalui oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia justeru setiap kenyataan dan pendedahannya akan senantiasa dipantau musuh politiknya dan pantas diseret musuh ke mahkamah andai ia adalah fitnah dan palsu," katanya.
Nasrudin berkata, mutaakhir ini Dewan Pemuda PAS melalui Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat yang dipengerusikan oleh Suhaizan Kaiat bersama timbalannya, Mohd Adram Musa, banyak membuat pendedahan berkait penyelewengan dan kepincangan sistem urus demokrasi serta sistem pengendalian pilihan raya.
Nasrudin berkata, kes minggu ini berhubung 240 warga asing yang
kerajaan kata hanya menghadiri kursus perniagaan, menunjukkan bahawa pihak polis juga telah dilanda "sindrom penafian".
"Alasan yang dikemukakan oleh OCPD Serdang sungguh tidak masuk aqal.
"Warga asing diberi kursus keusahawanan ? inilah kali pertama saya mendengar dan melihatnya.
"Tapi dengan semangat Malaysia boleh, barangkali semua boleh berlaku. Asal mereka boleh buat penafian, mereka nafi walaupun dengan alasan yang mempersenda nilai intelek rakyat Malaysia," tambahnya.

MalaysiaKini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.