Followers

Tuesday, October 11, 2011

PAS PKR dan DAP dapat titik pertemuan isu hudud Kelantan !

Wan Nik, Setiausaha Politik MB Kelantan tulis dalam blog dia Green Creasent:

BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT, bertempat di Pejabat DAP, Jalan Pudu Kuala Lumpur, jam 5.30-7.00 petang.

Pertemuan dihadiri sama DS Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Haji Mohamad Sabu.

Kandungan perjumpaan adalah merumuskan titik pertemuan yang dapat disepakati bersama di dalam mengharmonikan usaha memberi kefahaman mengenai Undang-undang Syariah (UuS) oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Justeru atas semangat musyawwarah, perjumpaan tersebut bersetuju dengan hasrat Kerajaan Kelantan untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal. Maka sepakat, di sebalik jawatankuasa teknikal itu dibentuk oleh Kerajaan Kelantan dengan menamakan sebagai Jawatankuasa Teknikal Enakmen Syariah. - GreenCresent

Wan Nik juga tulis:

Di dalam perbincangan pada petang tadi, PAS menerima pakai pendekatan suluh Hudaibiyah tatkala menghormati permintaan DAP dan KeAdilan dalam mencari realiti keharmonian di atas common consensus dan persetujuan sebagaimana kandungan Buku Jingga.


Jelas sekali, pertemuan dan semangat musyawwarah pimpinan Pakatan Rakyat pada petang 10 Oktober hari ini berjaya membuah hasil yang positif untuk semua pihak. Paling positif bagi PAS di Kelantan yang bertekad meneruskan usaha mendidik rakyat memahami aspek tuntutan UuS.

Syabas wakil pimpinan PAS yang diketuai Tim. Presiden PAS, Tuan Haji Muhammad Sabu termasuk tiga ahli Exco Kerajaan Kelantan – Dato’ Mohd Amar, Dato’ Takiyuddin dan Dr. Mohd Fadhli serta saya hanya juru perhati bagi pihak Tuan Guru Dato' Menteri Besar. Semoga keberkatan Allah SWT sentiasa bersama perjuangan Islam di bumi Serambi Mekah. - Ibid.

Satu perkembangan yang cukup baik.

Yang menarik perhatian aku, bukan setakat nama-nama yang Wan Nik senaraikan tu saja hadir tapi kalau tengok gambar aku yang kopipes kat bawah ni, nampak Chong Eng pun ada bersama muslimat tapi tak pasti pulak sapa, kemungkinan besar Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Siti Zailah.

Cuma aku sikit terkilan, pasai TG Nik Aziz takdak bersama dalam majlis tu. Aku harap Pakatan Rakyat boleh temukan TG Nik Aziz dengan Karpal Singh secara empat mata. Aku yakin percaya kalau depa 2 orang bertemu kita akan dapat tengok perkembangan yang lebih positif.

Apa pun, Wan Nik tak pulak cerita apa sebenarnya apa dia yang dikatakan 'titik pertemuan' tu, teringin sangat aku nak tau.

Aku teringat ada sorang member bagitau. Dalam dunia ni ada macam-macam benda rahsia yang kita tak tau. Ada rahsia yang memang patut kita tau tapi ada jugak rahsia yang kita tak patut tau dan ada rahsia yang lagi elok kita taktau dari kita tau.

Motifnya? Macam tagline Nabil, Lu fikir la sendiri....

Kat meja belakang tu memang confirm Chong Eng dengan wakil Muslimat PAS.
Cenangau Daunkari

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/10/pas-pkr-dan-dap-dapat-titik-pertemuan.html#ixzz1aQjPRwKF

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.