Katanya, jika pilihan raya di Malaysia boleh dimanipulasikan dengan mudah, tidak mungkin BN akan menyerahkan Selangor kepada pembangkang dan Kelantan terus kekal di tangan Pas.
"Walaupun kita tidak manipulasikan, dia tetap akan pusing. Jadi kalau kita tidak jawab dengan baik, orang akan fikir bahawa kita telah memanipulasikan pilihan raya dan gunakan instrumen negara seperti tentera,” katanya semasa berucap di majlis penutup Konvensyen BN Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Tuduhan bahawa BN menggunakan instrumen negara dan memperalatkan pihak tentera juga adalah tidak benar, katanya.
"Undi tentera pun kita tidak boleh jamin, ada undi tentera kita kalah, tentera itu bila kita lalu depan dia, dia tabik kita, tapi sampai pilihan raya kita kalah,” katanya.
Najib berkata, salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Chandra Muzaffar yang pernah bertanding atas tiket PKR pernah mengaku kepada beliau walaupun dia tewas di Bandar Tun Razak tetapi dia dapat kelebihan undi tentera di kawasan itu.
Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.