Rezeki peniaga disekat kerana tak hadir program menteri SEORANG peniaga buah hilang mata pencarian hanya kerana tidak dapat menghadiri program bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar.
Tapak sewaannya di Pasar Tani tempat beliau mencari sesuap nasi telah digantung. Bayangkan, bagaimana beliau mahu mencari rezeki?
Bagaimana beliau mahu menyara anak dan isterinya? Lihatlah bagaimana pemimpin menggunakan kuasanya dengan sesuka hati untuk membuli rakyat bawah.
Pemimpin bersenang lenang di kerusi empuk, di dalam bilik berhawa dingin menekan rakyat susah.
Sudahlah mereka ini susah bagaikan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", hanya kerana tak dapat hadir program bersama pemimpin yang suka diampu ini, mata pencariannya disekat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.