Followers

Monday, October 31, 2011

Masalah PENDATANG Akan Karamkan Umno/BN ?

Malaysiakini melaporkan:

Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah umpama satu 'pekung' dalam badan 1Malaysia yang perlu dibedah, diubati dan dibuang, kata Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata ini kerana masalah itu masih lagi kekal dalam pemikiran rakyat Sabah walaupun sudah banyak langkah dan tindakan yang dirancang dan dibuat oleh pihak kerajaan termasuk Program 6P di Semenanjung dan 5P di negeri ini.

"Kita mengharapkan program-program ini akan terus dilaksanakan dan berjaya. Ini kerana kita sedia maklum dengan keadaan yang kita terima daripada pentadbir-pentadbir yang lalu.

"Laporan dan tafsiran bahawa jika masalah kehadiran PATI tidak diselesaikan dengan betul, ia mungkin terus menjejaskan keselamatan dan ketenteraman kedaulatan negara dan mengancam keselamatan rakyat Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Tahunan PBS yang Ke-26 di Dewan KDCA, di Penampang, semalam.

Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Salleh Said Keruak dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - Mkini.

Terima kasih tan tahniah untuk Joseph Pairin Kitingan pasai berani 'berkata benar dihadapan 'pemerintah yang zalim'. Kalau Pairin Kitingan tu orang Islam, dia dah lakukan jihad yang besar, berani bukak cerita isu sensitif macam tu secara terbuka di depan Muhyiddin, Musa Aman dan Salleh Said Keruak, pemimpin yang secara langsung atau tak langsung memang terlibat dengan kerja-kerja celaka tu.

Kalau Umno BN benarkan 'pekung' tu dibuka maknanya Umno BN benarkan kerja-kerja celaka puak-puak 'si anjing Umno' yang dibuat masa zaman Dr. Mahathir untuk kalahkan PBS yang pegang kerajaan negeri Sabah masa tu.

Sebelum ni Malaysiakini ada melaporkan:

Dakwaan mengenai pemberian secara sistematik kewarganegaraan Malaysia kepada ribuan pendatang haram di Sabah pada tahun 1990-an adalah seperti bahan legenda.

Dan sepertimana semua legenda yang baik, ia mungkin dirasakan banyak berlaku, tetapi tidak ada bukti yang dapat dinafikan, bahawa ianya telah berlaku.

Sekurang-kurangnya, itulah apa yang bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman percaya mengenai operasi popular dengan panggilan Projek IC atau Projek M.

"Saya tidak mempunyai maklumat yang ketara atau boleh dipercayai mengenai kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah ketika saya menjadi pengerusi SPR," katanya.

Abdul Rashid berkata sepanjang masa, orang bawa cerita-cerita yang sukar untuk diterima sebagai benar. - Mkini.

Umno BN dan puak-puak 'si anjing Umno' memang sentiasa berusaha nak tutup skandal IC di Sabah tu. Kalau cerita sebenarnya tersebar dan rakyat Sabah percaya, peluang BN untuk terus kuasai Sabah mungkin ranap.

Sabah ada 25 kerusi Parlimen dan BN menang 24 kerusi masa PRU12. Kalau Umno BN ranap di Sabah hampir pasti kuasa di Putrajaya pun akan ranap sekali.

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/10/masalah-pati-akan-karamkan-umno-bn.html#ixzz1cLcwed7I

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.