Followers

Sunday, October 2, 2011

Kian Kritikal - Latiff Ibrahim Rayu Bantuan Perubatan Segera.

Kadangkala sedih mendengar cerita Artis-Artis Lama yang bukan sahaja kesempitan wang, malah terpaksa merayu pada masyarakat agar dapat membantu mereka untuk menampung kos perubatan akibat masalah penyakit yang dihadapi.


Tatkala satu ketika dahulu Penyanyi ini dipuja, Latiff Ibrahim seorang penghibur terkenal satu ketika dahulu kini membuat kenyataan media mengakui menghadapi masalah kewangan bagi menampung kos perubatan akibat masalah jantung beliau yang kian lemah.

Beliau sehinggakan terpaksa bergiat aktif semula dalam bidang nyanyian bagi mengumpul wang menampung kos perubatan berkenaan.

“Sejak akhir-akhir ini, saya semakin banyak mendapat jemputan membuat persembahan lebih-lebih lagi saya perlu berusaha untuk mengumpul dana mengubati penyakit jantung ini."

“Saya akan membuat kemunculan semula selepas 20 tahun tidak menghasilkan album penuh. Semuanya bermula selepas Captain Gulzar meminta saya membuat album baru kerana saya dan dia berkenalan kira-kira enam tahun lalu.

“Album ini akan menampilkan 10 lagu yang memuatkan lagu baru dan lagu lama saya seperti Sabar Menanti dan lagu-lagu nyanyian Broery Marantika. 

Bagaimanapun, semuanya masih dalam perbincangan dan belum boleh diperkatakan lebih lanjut,” ujarnya lagi.

Latiff Ibrahim, 60, sedang mengumpul wang berjumlah RM120,000 untuk menjalani rawatan memulihkan jantungnya yang lemah.

Gambar terbaru (di bawah) Latiff Ibrahim merupakan sumber dari Portal MStar Online.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.