Penyapu juga dianggap membawa malang untuk ramai orang – jangan sesekali memukul anak dengan penyapu, jangan menyapu pada waktu malam, jangan letak penyapu di ruang makan, jangan menunjuk seseorang dengan penyapu, jangan menyimpan penyapu di tempat tinggi, jangan meletakkan penyapu pada daun pintu kerana ia tidak akan membawa rezeki.
Apa lagi, jangan keluarkan penyapu kepada mereka yang tidak melakukan tugas mereka dengan baik! “Sindrom penyapu” – satu rahmat dalam samaran – telah memberi impak pada Pihanraya Umum Mac 2008 di Selangor. Ia memperlihatkan negeri Selangor jatuh kepada tangan Pembangkang.
Tiada lagi “penyapu” tapi bantuan
Dan hari ini, ia merupakan gaya ke hadapan kerajaan negeri Selangor yang mempunyai populasi sebanyak 5,411,324 pada tahun 2010. Komposisi etnik negeri itu adalah 52.9% Melayu, 27.8& Cina, 13.3% India dan 6% lain-lain kaum yang tinggal bersama secara harmoni di bawah halatuju ekonomi dan politik yang baru.
Di bawah pemerintahan yang sekarang ini Selangor telah berkembang dengan industry-industri, industri agro dan peluang ekonomi untuk menjadi negeri terkaya di negara ini. Tiada lagi “penyapu” tetapi bantuan diberikan dalam pelbagai bentuk kepada kurang 30 peratus warganya yang kurang bernasib baik melalui dasar-dasar negeri. Rakyat Selangor telah meneliti kad laporan kerajaan negeri Selangor dan mereka tiada banyak alasan untuk tidak terus menyokong kerajaan negeri yang sedia ada pada pilihanraya umum akan datang.
Hari ini, Selangor telah dinobatkan sebagai salah satu negeri yang paling bagus diurus di negara ini. Bersama dengan tiga lagi negeri jajahan pembangkang, mereka telah berjaya meraih pelaburan asing yang tertinggi. Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan telah menarik sebanyak RM25 bilion pelaburan – 53 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan negara sebanyak RM47.2 bilion pada tahun 2010.
Ini tidak syak lagi merupakan satu kejayaan di sebalik hakikat bahawa pihak pembangkang baru mentadbir negeri-negeri ini dalam masa yang singkat. Selangor telah mendapat kepercayaan yang tinggi di kalangan pelabur dalam dan luar negara disebabkan oleh dasar-dasar ekonominya.
Setiap penduduk Selangor dan rakyat seluruh negara tahu mengenai kejayaan ini di sebalik semua putar-belit yang dilakukan media UMNO untuk memperlekehkan kerajaan negeri pembangkang ini. Media-media ini, seperti yang dijangka, tidak akan mewar-warkan kejayaan Selangor semenjak tiga tahun ini hanya kerana negeri ini di bawah naungan pembangkang. Tetapi rakyat sedar akan kejayaan-kejayaan tersebut.
Tidak akur dengan politik meraban
Sebagai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim kelihatan lebih sebagai CEO Selangor daripada seorang ahli politik. Tenang, tekun, berpengetahuan dan mempunyai banyak idea yang bernas, beiau telah membawa Selangor menjadi antara negeri naungan pembangkang yang terbaik.
Sebagai ketua eksekutif Selangor yang tegas, beliau dibantu oleh setiausaha politik yang sama hebatnya – seorang peguam, dan pekerja-pekerja yang jujur di Dewan Undangan Negeri Selangor. Mereka bersama secara jujur membawa Selangor ke pembangunan ekonomi yang tertinggi.
Ada kalanya beliau berbunyi masam etika berurusan dengan karakter-karakter aneh dalam politik. Walaupun begitu, ramai yang di dalam lingkarannya memahami tindakannya. Beliau cekap dan pintar dalam membuat keputusan untuk kebaikan negeri Selangor. Beliau tidak akur dengan politik meraban dalam pentadbiran negeri Selangor. Ahli-ahli politik yang mementingkan diri sendiri tiada tempat dalam lingkarannya.
Latar belakangnya sebagai seorang usahawan berjaya tela membentuknya sebagai seorang pemimpin unggul dalam masa yang singkat. Ini telah menimbulkan rasa cemburu di kalangan ahli-ahli politik – oportunisoprtunis yang hanya tahu bagaimana untuk mengeksploitasi politik untuk mengkayakan diri mereka sendiri dan bagaimana untuk mendapatkan jawatan-jawatan penting tanpa kelayakan perniagaan dalam resume mereka.
Ahli politik melontarkan kata-kata kesat
Sebanyak mana pun fitnah dan celaan dilemparkan kepada MB itu yang bertujuan untuk melemahkannya dan kerajaan negeritidak dapat menurunkan popularitinya di kalangan rakyat Selangor dan negara. Musuh-musuh politiknya kini sudah kekeringan idea untuk mencerca beliau.
Cengkaman pembangkang di Selangor menjadi iri hati ramai ahli politik yang berada pada pihak lawannya. Tetapi, bahagian tersebut tidak mempunyai orang-orang yang boleh mencabar kehebatan MB Selangor itu. Oleh itu, ada sahaja ahli politik yang melontarkan kata-kata kesat ke atasnya untuk menggoncangkan dan menjatuhkan kerajaan negeri.
Malangnya cemuhan-cemuhan ini kosong tidak berisi, dan hanya mencerminkan sikap sang pelontar.
Kerajaan negeri Selangor yang dinaung oleh pembangkang itu telah mendapat banyak kejayaan dalam tempoh tiga tahun ini mengatasi negeri-negeri lain. Tiga pegangan yang dipegang teguh oleh negeri-negeri pembangkang ini adalah kompetensi, akauntabiliti dan tranparensi. Dan tiada ruang untuk berlakunya korupsi, nepotisme dan kronisme untuk menghantui pentadbiran negeri-negeri ini. Duit rakyat digunakan dengan baik. Sistem penyampaian diperhati dengan baik melaui proses audit dalaman, tidak seperti negeri-negeri lain.
Selangor adalah negeri yang paling maju & kaya
Hari ini Selangor memperoleh Gross Domestic Product (GDP) yang tertinggi di negara ini. Hari ini ia merupakan negeri yang paling majudi Malaysia yang diduduki pelbagai kaum. Negeri ini menikmati kadar perkembangan yang tertinggi di negara dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
Jumlah pendapatan negeri meningkat sebanyak 20 peratus daripada RM1.59 bilion kepada RM1.77 bilion dalam tempoh tiga tahun. Salah satu factor kejayaan ini adalah semua elemen-elemen pembaziran, korupsi, nepotisme dan kronisme telah dicantas keluar daripada pentadbiran negeri. Ini telah membantu membawa masuk lebih wang yang kemudiannya dibelanjakan dengan bijak untuk menaikkan taraf hidup rakyat Selangor.
Pendapatan kerajaan negeri meningkat sebanyak RM200 juta pada enam bulan pertama tahun ini dan ini merupakan rekod kewangan yang terbaik dalam tempoh 28 tahun. Simpanan wang negeri mencecah RM918 juta pada penghujung tahun 2010 dan RM1,100 juta pada Jun 2011. Pelaburan bertambah sebanyak RM557 juta pada Jun 2011 dibandingkan dengan RM668 juta pada Disember 2010. Persekitaran perniagaan yang kondusif, kerajaan yang mesra-perniagaan, pengurusan kewangan yang hemat dan sistem pemulangan yang dikagumi telah menjadikan negeri Selangor sebagai destinasi kesukaan untuk pelabur-pelabur tempatan dan luar.
Gabungan yang aman dan memahami
Kerajaan Selangor hari ini kukuh dengan perwakilan daripada PKR, PAS dan DAP yang memberi ruang kepada pentadbiran yang bagus. Di bawah gabungan yang aman dan memahami ini, negeri ini telah berjaya menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.
Dengan fiscal dan dasar pengurusan yang mantap, kerajaan Selangor dapat mewujudkan pelbagai dasar yang berorientasikan rakyat, untuk membantu rakyat. Ini telah memberi kepuasan kepada rakyat semua kaum. Terindar daripada pembaziran melalui kebocoran kewangan dan sistem pemulangan yang lemah, Selangor berupaya menjadi kerajaan berteraskan rakyat yang berbeza dengan kerajaan berteraskan kroni yang lalu. Oleh itu kerajaan negeri telah memperuntukkan RM500 juta untuk rakyat melalui program-program berteraskan rakyat (MES) nya.
Ekonomi berasaskan penjanaan rakyat
Program Micro Credit untuk rakyat miskin (MimBar) yang tidak pernah dilakukan sebelum ini yang dilancarkan pada Mac 2011, sebagai contoh, telah memperuntukkan RM50 juta untuk membantu golongan miskin dengan sumber yang diperoleh daripada kutipan hutang di bawah Menteri Besar Consolidated Account. Usaha ini adalah untuk menjayakan program-program untuk membina ekonomi berasaskan penjanaan rakyat di sebalik pelaksanaan ekonomi berasaskan kapitalis yang menguntungkan golongan kaya.
Kerajaan negeri Selangor telah menyediakan dana simpanan sebanyak RM100 untuk setiap pendaftaran berjaya di TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor). Pada umur 18 tahun kanak-kanak ini akan mendapat peluang untuk mendapat pulangan daripada pelaburan di TAWAS. Sebanyak RM1,000 diberikan kepada setiap kanak-kanak penduduk Selangor yang datang daripada keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah untuk melanjutkan pelajaran tertieri di mana-mana institusi-institusi pendidikan tinggi. Sebanyak RM13.5 juta telah diperuntukkan untuk tujuan ini dan sebanyak RM5 juta lagi untuk kebajikan pendidikan anak pegawai-pegawai kerajaan.
Di bawah MES adalah Skim Mesra Umur Emas (SMUE), sebuah skim yang unik bertujuan menjaga kebajikan rakyat Selangor membantu keluarga warga emas dan orang kurang upaya tidak kira jantina, kaum, agama, pemahaman politik, status ekonomi dan sosial. Setakat ini kerajaan negeri telah mendaftar 154,700 orang warga emas dan kurang upaya dan memperuntukkan RM54 juta untuk projek ini yang melibatkan 23,140 ahli keluarga mereka.
Dana untuk membantu anak-anak pekerja ladang dan kebun
Warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar di bawah program ini akan menerima RM2,500 ketika mereka meninggal dunia untuk perbelanjaan pengebumian mereka. RM 49 juta telah diperuntukkan untuk golongan ini semenjak pelancarannya pada 2008. Setakat ini RM 19 juta telah diperuntukkan untuk 8,303 penduduk yang berdaftar.
Kerajaan Selangor juga telah mewujudkan sebuah dana untuk membantu anak-anak pekerja ladang dan kebun. Ini adalah untuk memberi bantuan pendidikan kepada mereka dalam bentuk biasiswa bertujuan untuk mendana pendidikan mereka. Dana ini juga akan membantu pembikinan dan penjagaan sekolah-sekolah dan asrama-asrama anak pekerja ladang di seluruh negeri. Kerajaan perihatin terhadap pendidikan anak-anak mereka dan telah memperuntukkan RM2 juta untuk menjayakan program ini.
Kerajaan Selangor juga telah memperuntukkan RM16 juta untuk sekolah-sekolah Agama, Cina dan Tamil untuk membantu memperbaiki sekolah-sekolah mereka. Isu-isu berkaitan pembinaan sekolah-sekolah di atas tanah persendirian, tempat sembahyang dan perumahan di kebun-kebun, kemudahan kesihatan telah diselesaikan dengan kerjasama peneroka-peneroka. Bantuan diberikan kepada mereka yang tinggal di kebun-kebun untuk kebajikan kesihatan mereka. RM522,000 telah diagihkan kepada 97 buah sekolah Tamil PTA tahun ini di seluruh Selangor baru-baru ini untuk kepentingan sekolah-sekolah Tamil.
Bantu meringankan beban kewangan
Mulai Jin 2008, negeri Selangor menyediakan bekalan air percuma untuk 20 kubik meter yang pertama untuk penggua domestik. Ini membantu meringankan bebab kewangan untuk rakyat miskin. RM150 juta telah dihabiskan untuk memberikan 20 kubir meter air secara percuma untuk pengguna.
Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Wa (YDAQAHS) ditubuhkan pada 2008. Skim mikrokredit Selangor (SkimSel)diperkenalkan untuk mengurangkan kemiskinan, terutamanya di bahagian pedalaman. SkimSel menggunakan cara kewangan yang mudah, berasaskan perlaksanaan dan disiplin kredit yang ketat, tanpa jaminan dan tindakan undang-undang.
Melalui Skim Kesihatan Percuma untuk golongan wanita, kerajaan negeri meluluskan sebanyak RM1 juta untuk memberikan peluang kepada 56,000 wanita mendapat skrining mammogram secara percuma. Pusat Dialisis Rakyat telah ditubuhkan oleh kerajaan di Hulu Kelang, Field Park, Ampang dan Jalan Kebun.
RM30 juta telah diperuntukkan untuk meningkatkan pendapatan keluarga dan usahawan kecil di negeri itu. RM7.7 juta lagi untuk membaiki flat-flat kos rendah. RM5.2 untuk mengecat semula flat-flat ini.
Mengangkat taraf hidup
Kerajaan negeri telah membantu menggalakkan golongan miskin untuk mempunyai rumah dengan bantuan RM1,000 untuk mendapatkan hak tanah. Ini telah membantu golongan miskin membeli rumah untuk mengangkat taraf hidup mereka. RM49 juta telah diperuntukkan untuk skim ini sejak 2008.
Royalti yang diperoleh daripada perniagaan berkaitan tanah seperti pasir, batu dan mineral telah meningkat sebanyak 100 peratus daripada RM1,470,000.00 pada tahun 2008 kepada RM10,859,084.24 pada Jun 2011 melalui pelarasan syarikat-syarikat ini yang lebih baik. Ini merupakan kemasukan wang yang tidak disangka sebanyak RM28,893,142.56 dalam tempoh tiga tahun. Pulangan sebanyak RM10 juta daripada lombong-lombong dan operasi pasir diperuntukkan untuk aktiviti Jom Shopping untuk membantu golongan miskin dan tua.
Ini cuma segelintir daripada kejayaan-kejayaan negeri Selangor di bawah naungan seorang MB yang berkemampuan.
Tidak ada pun defisit belanjawan selama tiga tahun ini dan kerajaan negeri memastikan produktiviti ekonomi sebelum mereka merancang unuk berbelanja. Dasar kerajaan adalah untuk menjadi produktif dalam ekonomi, perolehi keuntungan dahulu kemudian belanjakan sebahagian untuk mereka yang kurang bernasib baik dalam masyarakat.
Perbezaan ketara berbanding MB UMNO
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim merupakan MB Selangor yang ke-14. Beliau dianggap oleh penganalisa-penganalisa bisnis dan politik sebagai MB terbaik yang pernah dimiliki oleh negeri Selangor. Beliau merupakan bekas ahli korporat dan pernah memegang jawatan CEO (1979-1994) di firma pengurusan dana kawalan kerajaan Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Beliau kemudian menjadi CEO Kumpulan Guthrie Bhd (1995-2003).
Di sebalik menjadi ahli parti pembangkang, beliau kekal memegang jawatan dalam pelbagai organisasi separa kerajaan kerana pengalaman luas dan sikap integriti dalam perniagaan dan industri yang beliau miliki. Antara jawatan-jawatannya ialah Pengarah SIRIM Bhd., Penasihat Islamic Development Bank, Fellow Institute for Strategic and International Studies dan Ahli National Productivity Council.
Kegagahan, populariti dan kredibiliti ketua eksekutif Selangor ini telah menjangkaui reputasi kebanyakan pemimpin UMNO di negara ini. Tiada ahli politik UMNO di negara ini mampu memperkecilkan kenaikan populariti beliau dengan menggunakan retorik dan propaganda. Rakyat Selangor dan Malaysia secara keseluruhan amat menghargai MB sebagai seorang pemimpin yang bagus. Pimpinannya, ketajaman perniagaannya dan sikap tenangnya, atau pemalu, dalam mengendali isu politik mungkin boleh membuatnya mampu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Khalid bukanlah seorang ahli ekonomi ‘kerusi malas’ atau peniaga seperti ahli-ahli politik lain di negara ini. Beliau mempunyai ilmu perniagaan yang tajam, mempunyai pemahaman ekonomi yang tinggi dan benar-benar tahu apa yang menjadikan negara yang berteraskan perniagaan dan ekonomi. Inilah asset-aset yang menjadikan beliau pemimpin yang bijak dan cekap.
Walau bagaimanapun, ramai tokoh-tokoh yang lebih hebat daripada beliau telah jatuh akibat perbuatan khianat dan penipuan pilihanraya. UMNO telah memandang kepada 9 kerusi penting di negeri Selangor. Ruang kemenangan Pakatan Rakyat tipis dan tidak susah untuk membanjiri kawasan-kawasan ini dengan pengundi hantu dan merampas kembali kerusi-kerusi itu.
Selangor pun akan kembali ke tangan BN. Dan yang paling rugi adalah rakyat Selangor!
- Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.