Lupakah Utusan Malaysia bahawa pada suatu ketika dahulu, akhbar Umno tersebut juga pernah menderhakai institusi raja sebelum ini. Malah Umno juga pada suatu masa pernah lantang mengkritik institusi raja dengan mengatakan baginda-baginda menyalahgunakan kuasa.
Sebenarnya, Umno adalah merupakan petualang dan penderhaka yang sebenarnya sejak dari tahun 1920 lagi.
Peristiwa di Johor dan Perak
Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar, iaitu datuk kepada naib presiden Umno sekarang Datuk Hishammuddin Hussein, telah dibuang dari Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri beliau ke Singapura kerana mengkritik Sultan Johor pada ketika itu, atas isu harta dan hutang keluarga baginda.
Krisis di Pahang
Pada tahun 1979, menteri besar Pahang dan ketua perhubungan Umno negeri pada masa itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham secara terbuka dengan Sultan Pahang. Media-media pro-Umno turut mengkritik Sultan secara terbuka melalui liputannya yang meluas.
Ramai lagi pemimpin Umno yang menderhaka
Pada tahun 1983, Umno telah mengemukakan usul dalam parlimen untuk menarik balik kuasa Yang Dipertuan Agong berhubung dengan pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-raja Melayu menolah usul tersebut, Umno sekali lagi mengkritik dan mengecam institusi raja melalui media miliknya.
Sewaktu perhimpunan agung tahunan Umno pada tahun 1991, Umno secara terbuka menyalahkan Sultan Kelantan pada masa itu atas kekalahan parti tersebut di negeri Kelantan.
Dalam perhimpunan agung Umno itu juga, para perwakilan parti tersebut dengan lantang telah meminta supaya harta Raja-raja Melayu disita dan disiasat. Laporan tersebut telah disiarkan secara meluas di dalam akhbar Utusan Malaysia.
Tidakkah ini derhaka namanya?
Para pemimpin Umno Kelantan juga mengadakan tunjuk perasaan dan menghantar satu memorandum kepada Sultan Kelantan. Demonstrasi tersebut tidak mendapat permit untuk berhimpun dan akibat dari itu, tindakan tersebut adalah menyalahi undang-undang. Kenapa anggota-anggota polis FRU hanya berdiri dan memerhati sahaja dan tidak menembak gas-gas pemedih mata serta menangkap para penderhaka Umno tersebut.
Pada 18hb Januari 1993 pula, Umno dengan bantuan rakan-rakan parti komponen BN telah mengusahakan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang mana dengan pindaan tersebut, raja-raja Melayu boleh diheret ke mahkamah khas. Dan apabila Raja-raja Melayu meminta agar pindaan tersebut ditangguh buat sementara, media-media Umno dengan lantang mengkritik institusi raja-raja dan mengancam akan mendedahkan segala salah laku para baginda. Ini juga derhaka sebenarnya.
Peristiwa pertabalan tidak sah Tengku Ibrahim Inderaputera untuk menggantikan Sultan Ismail Petra pada 29hb April 1993 di bawah sepohon pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh ahli majlis tertinggi Umno Datuk Annuar Musa. Kalau perbuatan ini bukan sesuatu yang amat memalukan, derhaka ataupun kurang ajar, apakah nama yang sebenarnya?
Kenyataan biadap ketua perhubungan Umno dan menteri besar Perlis pada masa itu, Datuk Shahidan Kassim yang mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta negeri tersebut.
Akan tetapi, sehingga kini Datuk Shahidan masih gagal mengemukakan bukti yang lebih menyeluruh bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.
Seorang bekas naib presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa menteri besar Perak Batuk Mohamad Nizar Jamaluddin (Pakatan Rakyat), menderhakai Sultan Azlan Shah, Perak. Lupakah Muhammad bahawa beliau sendiri pernah melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sehingga baginda naik murka sehingga menitah menarik balik gelaran Datuk daripada beliau. Bukankah ini perbuatan yang sungguh menderhaka?
Penderhakaan Umno yang berterusan
Selepas pilihanraya umum 2008, 23 daripada 24 ahli dewan undangan negeri Umno Terengganu telah memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar Terengganu yang baru Datuk Ahmad Said dan berkeras mahukan bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Manakala penyokong Umno yang berdemonstrasi di hadapan Istana mempamerkan kain rentang yang menyebut Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong sebagai binatang dan najis.
Kenapa pula pihak polis tidak bertindak terhadap mereka ini, dan sebaliknya hanya bertindak terhadap mereka yang berdemonstrasi di hadapan Istana Kuala Kangsar, Perak bagi menentang rampasan kuasa Umno tersebut yang telah menggulingkan kerajaan negeri yang sah pada 6hb Februari 2009.
Ketua perhubungan Umno Perlis Datuk Shahidan Kassim membantah pengguguran beliau dan sekaligus memulaukan majlis perlantikan Datuk Dr Mohd Isa Sabu sebagai menteri besar Perlis yang baru. Bukankah ini derhaka juga?
Sekarang jelaslah siapa penderhaka yang sebenarnya. Di harap juga agar Senator Ezam Mohd Noor dan konco-konconya menyedari detik-detik sejarah penderhakaan Umno di masa yang lalu. Janganlah beliau berpura-pura tidak tahu pula peristiwa-peristiwa ini.
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.