Followers

Saturday, October 22, 2011

Isu Aziz Bari: Timbalan Menteri Harap UIA Tarik Balik - Ruang a bismillah

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berharap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau menyatakan demikian dalam SMS yang dihantar kepada Rektor UIA, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin, pagi ini.

Ini, katanya kerana Dr Aziz belum disabit kesalahan.

Bagaimanapun, beliau berkata itu hanya pandangannya dan menghormati autonomi universiti.

Beliau antara lain menyebut telah membaca surat tunjuk sebab universiti kepada Dr Aziz dan mendapati kandungannya tidak sesuai.

Baginya, seksyen 15(1) yang digunakan UIA terhadap pakar undang-undang itu adalah tidak menggunakan pertimbangan yang baik, lagipun Dr Aziz tidak dipanggil sebelum surat tunjuk sebab itu dikeluarkan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Temerloh juga berharap pihak UIA tidak mengambil tindakan terhadap para mahasiswa yang mengadakan demonstrasi membantah penggantungan Dr Aziz selepas solat Jumaat, semalam di pekarangan masjid UIA.

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/10/aziz-bari-timbalan-menteri-harap-uia.html#ixzz1bTiS9G8J

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.