Kenneth Steven Chan Wen Chin memberitahu siasatan bahawa beliau menaiki LRT dari stesen Kelana Jaya untuk ke stesen Dang Wangi pada kira-kira jam 3 petang 9 Julai lalu.
"Saya mahu turun di stesen LRT Pasar Seni tetapi ia telah ditutup. Saya mengiringi teman wanita saya yang bekerja dengan media dan kami berjalan di Jalan Pudu menghala ke arah Maybank. Ini adalah pengalaman pertama saya terbabit dengan perhimpunan.
"Saya berpakaian kuning dan melihat sekumpulan orang yang memberi amaran bahawa gas pemedih mata sedang dilepaskan. Kami kemudiannya berlari menuju ke Jalan Tun Sambanthan di mana kami mendengar polis menjerit "Tangkap, tangkap!
“Kemudian saya lihat mereka menangkap seorang wanita Melayu dengan kasar. Kepalanya ditolak ke atas jalan raya," dakwanya.
Wanita itu kemudiannya dilepaskan setelah mengenalkan dirinya sebagai kakitangan TV Selangor, katanya.
Menurut saksi itu lagi, teman wanitanya sempat merakamkan gambar-gambar kejadian itu tetapi pihak polis dengan kasar dalam menolak kamera ke mukanya.
Chan juga mendakwa melihat beberapa anggota polis yang lain menendang seorang budak Cina di Jalan Pudu dan sempat merakamkan kejadian itu.
"Polis juga memberi amaran kepada kami supaya tidak mengambil gambar atau tidak kamera kami akan dipecahkan.
"Budak yang dibelasah itu membalas kata-kata anggota polis dan mereka menyerbunya,” kata saksi itu lagi.
Chan adalah saksi pertama memberi keterangan dalam siasatan Suhakam untuk menentukan sejauh mana kekerasan digunakan pada perhimpunan BERSIH itu.
Panel tersebut diketuai oleh naib presiden Suhakam sendiri, Professor Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu pesuruhjayanya Professor Dr Mahmood Zuhdi dan Detta Samen.
Majlis Peguam diwakili oleh Roger Chan, dan Richard Wee manakala pihak polis pula diwakili oleh ASP N Rajagopal dan ASP Lim Chee Wah.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
sampai kena tumbuk..tendang...gansa betul
ReplyDelete1. Laman Iklan Percuma Malaysia Terbaik!
2. Malaysia Blog Directory!
3. Sistem Andaforex
4. Laman Iklan Percuma Singgahiklan!
5. Greatest Free Advertising Malaysia
6. Laman Iklan Online Malaysia
7. Iklan Percuma Online Internet Di Malaysia
8. Story Blog
9. Free Download Movies Blog