Followers

Friday, October 21, 2011

Disergah Chua Soi Lek.. UMNO pun tidak mahu terlibat Himpunan Sejuta Umat


 
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) agar membatalkan kempen terhadap Kristian yang didakwa mencabar akidah umat Islam demi mengelakkan ketegangan agama.

“Sama ada ia harus diteruskan ataupun sebaliknya, saya fikir polis tahu apa yang hendak dilakukan, tetapi secara peribadi saya merasakan tidak harus ada sebarang perhimpunan (seumpama itu),” kata Dr Chua.


“Kita harus mengurangkan sebarang bentuk aktiviti agama yang akan menyumbang kepada perasaan sangsi antara pelbagai kaum di negara ini,” kata beliau.

Dr Chua berkata setiap orang menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan kepelbagaian dalam pandangan.

“Dan, jika kita tidak boleh menerima yang itu dan selalu mahu mengenakan kepercayaan (kita) ke atas orang lain, akan sentiasa ada ketegangan,” katanya.

Di atas adalah berita yang bertajuk 'Chua Soi Lek Bantah Himpunan Sejuta Umat.'
Kerana kenyataan tegas dari Chua Soi Lek itu.. maka pemimpin UMNOpun tunduk..


Umno Tidak Terlibat Himpunan Sejuta Umat - Tengku Adnan


KUALA LUMPUR: Umno tidak terbabit dalam penganjuran perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata dakwaan kononnya parti itu menjadi dalang penganjuran perhimpunan itu bersifat liar dan tidak berasas.

"Umno tidak ada kena mengena. Ini kerja NGO (badan bukan kerajaan)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.